Haroqs Terharu Ramai Ambil Berat -“Saya Menangis Tanpa Henti…”

LocalWorld
7 Oct 2025 • 9:38 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pempengaruh dan juga aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) Haroqs atau nama sebenarnya, Muhammad Hareez Adzrami menyatakan rasa terharu kerana ramai ambil berat keatas dirinya termasuk rakan selebriti, Aisar Khaled.

Haroq sebak ramai ambil berat

Menerusi hantaran di Insta Story, Haroqs yang baru sahaja dibebaskan daripada tahanan Zionis telah memuat naik perkongsian menyatakan rasa sebak melihat semua sokongan yang diberikan orang ramai terutamanya rakyat Malaysia.

“Saya menangis tanpa henti bila tengok satu posting ni setelah dibebaskan dari penjara.

“InsyaAllah esok saya akan kongsikan cerita itu.

“Terima kasih semua yang ambil berat tentang saya. Ya Allah hebatnya susunan engkau,” tulisnya.

image is not available

Ramai ambil berat, luah rasa syukur

Dia turut berkongsi hantaran di Thread dengan meluahkan rasa syukur diatas semuanya dan merupakan ciapan pertamanya di platform tersebut.

image is not available

Misi beri coklat

Terdahulu, kisah Haroqs telah mencuri perhatian apabila membawa coklat sewaktu menuju ke Gaza bagi diberikan kepada anak-anak kecil di sana.

image is not available

Walau bagaimanapun, impian yang dinyatakan tidak terjadi susulan kapal yang dinaiki dipintas oleh pihak Zionis sebelum Haroqs serta semua peserta GSF ditahan.

Difahamkan, pempengaruh terbabit akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada hari ini sekitar jam 9.45 malam.

Sumber: Instagram haroqs

View Original Article