Hartawan India, Gautam Adani Individu Ke-2 Terkaya Dunia, Atasi Jeff Bezos

TechnologyBusiness & Finance
17 Sep 2022 • 6:15 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gautam Adani pada tahun 2010 - Gambar AFP

NEW YORK - Hartawan India Gautam Adani mengatasi pengasas Amazon, Jeff Bezos sebagai individu kedua terkaya di dunia, menjadikannya rakyat pertama India mencapai tahap kekayaan global yang tertinggi, menurut Bloomberg Billionaires Index pada Jumaat, lapor Sputnik.

image is not available
Jeff Bezos - Gambar AFP

Adani, yang sebelum ini di tempat ke-14 Indeks Billionaires Bloomberg, memiliki anggaran kekayaan semasa berjumlah US$146.9 bilion di belakang pengasas Tesla, Elon Musk.

Musk individu terkaya di dunia ketika ini dengan anggaran kekayaan sebanyak US$260 bilion.

image is not available
Elon Musk - Gambar AFP

Menurut Bloomberg Billionaires Index nilai kekayaan Adani meningkat selepas saham syarikat perdananya Adani Enterprises Ltd. melonjak ke paras tertinggi minggu ini.

Nilai saham beberapa syarikat kumpulan Adani juga bertambah lebih daripada 1,000 peratus sejak 2020.

Sementara itu, nilai bersih Bezos merosot kepada US$145.8 bilion pada penilaian terakhir apabila penjualan semula saham syarikat Big Tech di Wall Street menjejaskan kekayaan individu terkaya Amerika dalam sektor itu. Saham Amazon menurun lebih 25 peratus tahun ini. - Bernama