Harumkan nama Malaysia, RM1.1 juta menanti wira Glasgow sebagai tanda penghargaan

4 Aug 2026 • 11:29 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kejayaan kontinjen negara melakar pencapaian membanggakan dengan melepasi sasaran lapan pingat emas pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 disusuli berita gembira apabila atlet serta jurulatih bakal menerima ganjaran keseluruhan RM1.1 juta menerusi Skim Hadiah Kemenangan Atlet Malaysia (SHAKAM).

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata, pemberian insentif itu adalah tanda penghargaan kerajaan terhadap pengorbanan dan usaha atlet yang berjaya mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

Image from: Harumkan nama Malaysia, RM1.1 juta menanti wira Glasgow sebagai tanda penghargaan

Menurutnya, setiap atlet yang memenangi pingat emas akan menerima RM80,000, manakala tambahan RM10,000 diberikan kepada mereka yang berjaya memecahkan rekod temasya.

“Untuk SHAKAM, kita memberikan berdasarkan pingat. Kalau untuk pingat emas, kita berikan RM80,000 dan jika dia melepasi rekod pertama ataupun ‘break the record’, kita tambah sebanyak RM10,000.
“Kemudian perak sebanyak RM40,000 dan juga gangsa sebanyak RM20,000,” katanya ketika menyambut kepulangan kontinjen negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Image from: Harumkan nama Malaysia, RM1.1 juta menanti wira Glasgow sebagai tanda penghargaan

Image from: Harumkan nama Malaysia, RM1.1 juta menanti wira Glasgow sebagai tanda penghargaan

Beliau berkata, jumlah keseluruhan RM1.1 juta itu melibatkan atlet yang menyumbang lapan pingat emas, tiga perak dan lima gangsa pada temasya berkenaan.

Artikel lain: Dr Taufiq serah surat lantikan, gadis hilang sebelah kaki janji dua emas buat Malaysia!

Dalam pada itu, Taufiq memaklumkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Majlis Sukan Negara (MSN) sedang meneliti cadangan untuk meningkatkan kadar ganjaran SHAKAM pada masa akan datang.

“Di peringkat MSN, kita sedang berbincang untuk peningkatan wang SHAKAM ini. Sudah pasti ia memerlukan perbincangan yang lebih mendalam supaya kita mendapat sumber kewangan bukan sahaja daripada kerajaan, tetapi juga pihak korporat.
“Secara keseluruhannya untuk kali ini, RM1.1 juta wang SHAKAM disalurkan kepada atlet-atlet kita yang berjaya merangkul pingat-pingat tersebut,” jelasnya.

Sementara itu, Taufiq menyifatkan kejayaan kontinjen negara di Glasgow sebagai petanda positif menjelang Sukan Asia Aichi-Nagoya September depan.

Image from: Harumkan nama Malaysia, RM1.1 juta menanti wira Glasgow sebagai tanda penghargaan

Image from: Harumkan nama Malaysia, RM1.1 juta menanti wira Glasgow sebagai tanda penghargaan

Image from: Harumkan nama Malaysia, RM1.1 juta menanti wira Glasgow sebagai tanda penghargaan

Katanya, pendekatan menetapkan sasaran berdasarkan warna pingat berbanding jumlah keseluruhan membuahkan hasil apabila sasaran awal lima emas berjaya dilepasi dengan kutipan lapan pingat emas.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada atlet, jurulatih, pegawai serta seluruh kontinjen negara atas komitmen dan semangat juang yang ditampilkan sepanjang temasya.

Sumber: FB Taufiq Johari

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved