Hasil Binasat pada 3QFY24 susut 17% kepada RM23.3 juta kesan sumbangan segmen infrastruktur tenaga, telekomunikasi lebih rendah
29/11/2024 - 17:29
KUALA LUMPUR 29 Nov - Hasil Binasat Communications Bhd pada suku ketiga berakhir 30 September 2024 (3QFY24) susut 17% kepada RM23.3 juta berbanding RM28.1 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2024 (2QFY24).

