Hasil Ecomate meningkat 12% kepada RM56 juta bagi FY26 dipacu sumbangan segmen ICT

LocalBusiness & Finance
30 Jun 2026 • 2:10 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Hasil Ecomate meningkat 12% kepada RM56 juta bagi FY26 dipacu sumbangan segmen ICT Image from: Hasil Ecomate meningkat 12% kepada RM56 juta bagi FY26 dipacu sumbangan segmen ICT amree30/06/2026 - 14:10 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 30 JunEcomate Holdings Berhad mencatatkan peningkatan pendapatan 11.69% kepada RM56.48 juta bagi tahun kewangan berakhir 28 Februari 2026 berbanding RM50.57 juta pada FY25.

 

Pertambahan hasil ini dipacu terutama sumbangan oleh anak syarikat segmen teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang diambil alih pada 1 Oktober 2025, Progressive Computer Systems Sdn Bhd (PCS).

 

Menurut makluman kumpulan tersebut kepada Bursa Malaysia, subsidiari berkenaan mula menyumbangkan sebanyak perolehan mencecah kira-kira RM12.65 juta atau 22.4% kepada pendapatan keseluruhan.

 

"Bagaimanapun, hasil segmen pembuatan perabot mencatatkan penyusutan kepada RM43.83 juta (FY25: RM50.57 juta) disebabkan jualan lebih rendah di pasaran Asia dan Australasia," jelas Ecomate.

 

Keuntungan bersih juga jatuh ketara kepada RM68,000 berbanding RM1.47 juta pada FY25, dipengaruhi kelemahan pertukaran nilai purata wajaran dolar Amerika Syarikat (AS) berbanding mata wang ringgit.

 

Sementara itu tambahnya, keuntungan sebelum cukai (PBT) kumpulan tersebut turut merosot kira-kira 56.57% kepada hanya RM1.17 juta daripada sebanyak RM2.70 juta pada tahun kewangan sebelumnya.

 

Ecomate_DagangNews2026

 

Dari segi sumbangan pasaran mengikut geografi, Ecomate berkata, pasaran domestik menjadi penyumbang hasil terbesar (47.18%), diikuti oleh Asia selain Malaysia (27.73%) dan Australasia (11.8%).

 

"Dalam pada itu, kedudukan tunai dan kesetaraan tunai kumpulan ini masih lagi stabil apabila berada pada tahap RM15.42 juta setakat 28 Februari 2026 selepas pengambilalihan 60% ekuiti PCS," ujarnya.

 

Pengerusinya, Tan Sri Hussin Ismail dalam satu kenyataan berkata, kumpulan itu terjejas berikutan industri perabot masih berdepan banyak cabaran ekonomi global yang menjejaskan permintaan eksport.

 

Segmen ICT kumpulan berkenaan jelasnya, namun ketika ini berada pada kedudukan yang baik untuk menyokong prestasi perniagaan Ecomate dalam jangka panjang dengan potensi pertumbuhan positif.

 

Lembaga Pengarah akan terus memantau prestasi kumpulan sambil melaksanakan strategi perniagaan yang sesuai untuk meningkatkan  hasil serta kecekapan operasi dalam mendepani keadaan pasaran semasa.

 

"Kumpulan tetap komited terhadap perniagaan teras dalam reka bentuk dan pembuatan perabot rumah pasang siap dengan terus memperkukuh inovasi produk serta kecekapan kos," katanya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved