Hasil HSS Engineers diyakini naik susulan pengaktifan semula projek rel Metro Baghdad, menurut CGSI

LocalBusiness & Finance
9 Jul 2026 • 10:00 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Hasil HSS Engineers diyakini naik susulan pengaktifan semula projek rel Metro Baghdad, menurut CGSI Image from: Hasil HSS Engineers diyakini naik susulan pengaktifan semula projek rel Metro Baghdad, menurut CGSI amree09/07/2026 - 10:00 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 9 Julai – Projek rel Metro Baghdad di Iraq yang kembali aktif selepas penerimaan Surat Kredit (LC), dijangka membuka laluan kepada pembayaran pencapaian pertama dalam tempoh dua minggu.

 

Perkembangan itu menurut CGS International (CGSI), berpotensi bagi meningkatkan hasil HSS Engineers Berhad, meskipun syarikat masih lagi berdepan ketidaktentuan pelaksanaan projek MRT3 di Malaysia.

 

Firma penyelidikan itu berkata, perkembangan tersebut dijangka mengukuhkan aliran tunai operasi pada suku pertama FY26, jauh lebih baik berbanding aliran keluar RM7 juta bagi keseluruhan FY25.

 

"Justeru kami mengekalkan saranan 'tambah' terhadap saham HSS Engineers dengan harga sasaran (TP) 81 sen sesaham berdasarkan penilaian aliran tunai terdiskaun (DCF)," tambah CGSI dalam notanya.

 

Unjuran berkenaaan jelasnya, turut mengambil kira model perniagaan syarikat yang lebih kepada aset ringan serta kedudukannya sebagai perunding di peringkat awal rantaian nilai pembinaan projek.

 

kumpulan itu dijangka meraih bayaran pencapaian pertama AS$0.75 juta (RM3.05 juta), dan keseluruhan bayaran pendahuluan 10% daripada nilai kontrak AS$5.2 juta (RM21.2 juta) menjelang akhir 3QFY26.

 

HSS Engineers_DagangNews2026

 

CGSI berkata, sejak projek Metro Baghdad bermula pada 2024, HSS Engineers sudah mencapai kemajuan 50%, dengan 21% daripada nilainya diiktiraf dalam penyata untung rugi setakat suku pertama FY26.

 

"Situasi semasa di Iraq dijangka membolehkan projek ini disambung semula, berpotensi meningkatkan unjuran pendapatan FY26 hingga FY27 yang masih belum dimasukkan dalam anggarannya," kata firma itu.

 

Di pasaran domestik, kumpulan menetapkan sasaran pemerolehan kontrak baharu bernilai RM300 juta bagi FY26, dengan tender diraih setakat tujuh bulan pertama tahun ini sudah mencecah RM150 juta.

 

Walaupun buku tempahan keseluruhan HSS Engineers sudah mencecah RM2.1 bilion, CGSI menjelaskan kontrak yang boleh dilaksanakan pada ketika ini adalah sekitar RM600 juta setakat Mac 2026. 

 

Ia berpandangan pemangkin utama kepada penarafan semula saham kumpulan itu ialah penerimaan bayaran pencapaian pertama bagi projek Metro Baghdad serta penganugerahan lebih pantas projek MRT3.

 

"Bagaimanapun, kami mengingatkan kelewatan penerimaan aliran tunai daripada projek Iraq dan risiko pengembangan ke pasaran luar negara kekal cabaran utama HSS Engineers," kata CGSI. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved