Hasil jual jeruk mangga, Aliff Syukri luah syukur impian miliki jet peribadi tercapai?

LocalEntertainment
21 Jul 2025 • 3:40 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan sensasi dan pempengaruh media sosial, Datuk Aliff Syukri mendakwa akhirnya berjaya memiliki sebuah jet peribadi hasil titik peluhnya menjual jeruk mangga bersama anak sulung, Ammar Ahyan.

Perkongsian mengejutkan itu dibuat menerusi satu hantaran video dalam Instagram miliknya yang memaparkan beliau bersama isteri dan anak menaiki jet peribadi berwarna hitam dengan wajah penuh keterujaan.

“Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga hasrat papa dan mama. Doakan yang baik-baik untuk kami, amin,” tulisnya dalam kapsyen video berdurasi hampir satu minit itu.

image is not available

image is not available

Aliff Syukri luah syukur impian miliki jet peribadi tercapai

Video berkenaan turut menunjukkan Aliff dan Ammar melakukan lawatan ringkas ke dalam pesawat tersebut sambil memperkenalkan kemudahan mewah yang terdapat di dalamnya.

“Alhamdulillah, berkat menjual jeruk bersama Ammar Ahyan kita dapat beli sebuah private jet,” luahnya.

image is not available

Bagaimanapun, Aliff tidak menyatakan dengan jelas jenis atau harga pesawat tersebut.

Carian umum di internet menunjukkan model pesawat persendirian Cessna 172 antara yang paling laris digunakan, dengan anggaran harga sekitar RM1.6 juta untuk model baharu.

image is not available

Sebelum ini, Aliff pernah menarik perhatian apabila menafikan dakwaan nombor plat kenderaan Toyota Vellfire miliknya mencecah harga ratusan ribu ringgit, sambil berseloroh enggan dikejar pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).