“Berkat jual jeruk mangga” – Aliff Syukri Dedah Sudah Beli ‘Private Jet’

Entertainment
21 Jul 2025 • 5:15 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Rezeki datang dalam pelbagai cara, namun buat usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri salah satu rezekinya adalah apabila baru-baru ini dia berjaya membeli sebuah jet peribadi.

Dalam video yang dimuat naik dalam TikTok itu, difahamkan Aliff Syukri berjaya membeli jet peribadi itu hasil titik peluh menjual jeruk mangga bersama anak sulungnya, Ammar Ahyan.

@papalarisofficial

Alhamdulilah, akhirnya tercapai jugak hasrat papa n mama.. Doakan yang baik2 untuk kami, Amin #i

♬ Anak kampung – ꧁ . _ ꧂

“Alhamdulilah, akhirnya tercapai juga hasrat papa dan mama. Doakan yang baik-baik untuk kami, amin,” tulisnya di kapsyen.

Menerusi video berdurasi hampir satu minit itu, Aliff dan anak sulungnya, Ammar Ahyan, sempat masuk ke dalam jet peribadi tersebut dan melakukan lawatan ringkas sambil menunjukkan kemudahan mewah dalam jet mewah tersebut.

Video itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, rata-rata memberikan usahawan kosmetik itu kata-kata tahniah.

image is not available

Menurut Kosmo!, model kapal terbang Cessna 172 yang dikatakan model paling laris bagi milikan persendirian dalam bentuk baharu dianggarkan sekitar RM1.6 juta. Pun begitu, Datuk Aliff Syukri tidak mendedahkan hargat jet peribadi tersebut.

Semoga terus murah rezeki Datuk!

Sumber: TikTok, Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.