Hasil laut Selangor cecah 64,245 tan

LocalEnvironment
23 Sep 2026 • 3:08 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Hasil laut Selangor cecah 64,245 tan

KUALA SELANGOR – Sebanyak 64,245.39 metrik tan hasil laut berjaya didaratkan di Selangor bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini, sekali gus menunjukkan potensi besar sektor perikanan di negeri ini.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata, jumlah pendaratan hasil laut dijangka terus meningkat menerusi pelbagai usaha kerajaan untuk memperkaya sumber perikanan di perairan negara.

“Pada tahun lalu, sebanyak 150,253.51 metrik tan hasil laut berjaya didaratkan di Selangor. Bagi Kuala Selangor pula, sebanyak 12,141.83 metrik tan berjaya didaratkan sehingga Julai tahun ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Melabuh Tukun Tiruan Jenis Dasar Lembut Penghalang Pukat Tunda di sini, hari ini.

Menurut Adnan, pemasangan tukun tiruan merupakan antara usaha kerajaan untuk mewujudkan habitat baharu bagi hidupan marin, sekali gus membantu meningkatkan hasil tangkapan nelayan.

Katanya, jenis tukun yang digunakan ditentukan berdasarkan keadaan dasar laut di sesuatu kawasan bagi memastikan struktur berkenaan berfungsi secara optimum. – KOSMO! ONLINE

The post Hasil laut Selangor cecah 64,245 tan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved