Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkongsi momen pertemuan terakhir Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali bersama isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis sebelum pemergian tokoh berkenaan hari ini.
Menurut Ahmad Zahid, dalam pertemuan pada Isnin lalu, Tun Siti Hasmah banyak berbicara mengenai Tuhan, alam baqa dan padang mahsyar sehingga beliau merasakan seolah-olah Allahyarham mengetahui dirinya akan pergi buat selama-lamanya.
KOSMO / AMIR KHALID “Beliau banyak bercerita tentang tuhan, tentang alam baqa, padang mahsyar seolah-olah beliau mengetahui akan pergi buat selama-lamanya.”
Ahmad Zahid berkata, isterinya ketika itu menziarahi Tun Siti Hasmah di kediamannya dan mereka turut mengimbas kembali kenangan ketika bersama-sama menganggotai Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti).
“Mereka berbincang panjang, sebagai anggota Bakti mereka bernostalgia. Dan kami sekeluarga juga kehilangan Allahyarham Tun Dr. Hasmah dan kami berdoa agar keluarga beliau kuat dan beliau ditempatkan di sisi hamba-hamba yang beriman, insya-Allah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media di kediaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas menziarahi jenazah Allahyarham Tun Siti Hasmah.
Ahmad Zahid turut menyifatkan pemergian Tun Siti Hasmah sebagai satu kehilangan besar buat negara dan keluarga.
“Allahyarham menjadi wanita pertama selama 22 tahun, tentu kami merasakan kehilangan yang teramat sangat. Kerana Allahyarham telah banyak menabur jasa terutamanya dalam kalangan wanita dan ahli-ahli Bakti.”
Tun Siti Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini pada usia 100 tahun. Pemergiannya disahkan anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir. – KOSMO ONLINE
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Tun Dr Hasmah Mohd Ali Meninggal Dunia, Berita Disahkan Anak Mokhzani Mahathir
The post “Hasmah Banyak Cerita Tentang Alam Baqa, Padang Mahsyar..” – Ahmad Zahid Kenang Pertemuan Terakhir Dengan Siti Hasmah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


![[VIDEO] Gagal peperiksaan, Tun M tawar tuisyen percuma kepada Tun Siti Hasmah](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-28-at-11.28.45-PM-1024x650.jpeg)



