Hasrat Bercuti Tak Kesampaian, Tiga Beranak Maut Langgar Lori Baiki Jalan di Lebuh Raya Utara-Selatan

28 Oct 2022 • 6:21 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sudah masuk akhir tahun, pasti ramai keluarga yang ingin bercuti bersempena dengan cuti sekolah.

Meskipun ia sesuatu yang mengujakan, namun hari ini terdapat berita yang menyedihkan apabila tiga beranak maut ketika dalam perjalanan dari Johor Bahru menghala ke Kuala Lumpur kerana kemalangan melibatkan lori baiki jalan.

image is not available

Nahas tersebut berlaku di Kilometer 216, Lebuh Raya Utara-Selatan dan telah meragut nyawa Muhammad Nazirul Syafiq Azmi, isterinya, Zubaidah Abd. Rajak serta anak pasangan itu, Muhammad Rizqi, setahun.

Menurut Kosmo!, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata kemalangan tersebut berlaku selepas kereta Honda Jazz dinaiki tiga beranak itu merempuh belakang lori yang sedang melakukan kerja pembaikan jalan.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati lori tersebut berhenti di lorong paling kanan dan sedang meletakkan kon bagi kerja pembaikan pembahagi jalan.

Walau bagaimanapun kereta dinaiki mangsa yang datang dari arah belakang merempuh lori terbabit.” katanya.

Disebabkan rempuhan itu, tiga beranak itu maut di tempat kejadian kerana kecederaan parah di bahagian kepala dan jenazah mereka dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Salam takziah…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.