Hasrat dedah dokumen pengampunan Najib ada, kerajaan sedang atur proses -Fahmi

LocalPolitics
13 Nov 2026 • 4:24 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Hasrat dedah dokumen pengampunan Najib ada, kerajaan sedang atur proses  -Fahmi

Proses menyahklasifikasikan dokumen mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berkaitan keputusan pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sedang diatur mengikut undang-undang sedia ada.

Proses ambil kira beberapa aspek perundangan

Menerusi sidang media pasca mesyuarat Kabinet, Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil menyatakan, proses berkenaan mengambil kira beberapa aspek perundangan yang perlu dipatuhi sebelum sebarang keputusan dibuat.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi memaklumkan bahawa Jemaah Menteri turut mendapatkan nasihat daripada Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar berhubung perkara itu.

“Ia (perkara itu) tidak dibangkitkan secara langsung dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, tapi memang proses itu saya difahamkan sedang diatur.
“Tapi memang hasrat itu ada dan akan melalui proses yang wajib,” katanya.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata beliau akan membawa cadangan menyahklasifikasikan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berkaitan Najib ke mesyuarat Jemaah Menteri untuk pertimbangan.

Cadangan itu dikemukakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berpandangan pendedahan minit berkenaan dapat memberikan gambaran lebih tepat dan telus mengenai proses serta keputusan yang dibuat oleh Lembaga Pengampunan.

Perkara itu kembali menjadi perhatian susulan polemik berhubung keputusan pengampunan bersyarat terhadap Najib, termasuk pelaksanaan baki hukuman penjara menerusi tahanan di rumah.

Sumber: Facebook Fahmi Fadzil
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved