Hasrat Harimau Malaysia Ke Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 Tidak Kesampaian

12 Jun 2024 • 10:22 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Hasrat skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya untuk mencipta sejarah ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 tidak kesampaian meskipun telah berjaya meraih kemenangan 3-1 ke atas Taiwan pada aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam tadi.

image is not available

Foto: FB Harimau Malaya

Menerusi satu laporan Berita Harian, kegagalan tersebut dimaklumkan selepas Oman terikat 1-1 dengan Kyrgzystan pada aksi terakhir Kumpulan D di Kompleks Sukan Sultan Qaboos awal pagi tadi sekali gus mengakibatkan pasukan kebangsaan tidak dapat mara ke peringkat seterusnya.

“Keputusan ini menyaksikan Oman menjuarai Kumpulan D dengan 13 mata sementara Kyrgyzstan muncul naib juara dengan 11 mata,” katanya.

Sementara itu, dilaporkan Kyrgzystan terlebih dahulu menjaringkan gol pertama pada minit ke-19 menerusi jaringan Eldiyar Zarypbekov, meninggalkan Oman di belakang dengan 1-0 sehingga ke minit ke-56 pada aksi perlawanan tersebut.

image is not available

Foto: Berita Harian

“Namun jaringan sendiri Erzhan Tokoyatev pada minit ke-57 membolehkan Oman mengikat kedudukan kepada 1-1,” ujarnya.

Kedua-dua pasukan dilaporkan terpaksa berpuas hati dengan keputusan berkongsi satu mata pada aksi terakhir itu selepas masing-masing buntu mencari gol kemenangan sehingga pengadil meniup wisel penamat.

image is not available

Foto: FB Harimau Malaya

Untuk makluman, kegagalan skuad di bawah bimbingan Kim Pan Gon itu dalam menamatkan saingan dalam kelompok dua teratas pusingan kedua kelayakan menjadikan mereka secara langsung terlepas slot ke Piala Asia 2027 dan perlu berentap semula pada pusingan kelayakan Piala Asia 2027.

Sumber: Berita Harian (Syafiq Aznan)