Hasrat ingin bertemu Tun Mahathir tak kesampaian, wanita kongsi ‘live’ terakhir Akiko Okumura

LocalEntertainment
28 Feb 2025 • 4:49 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Akiko Okumura

Seorang wanita kongsi rakaman siaran langsung terakhir isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzuan Ridzokumura iaitu Akiko Okumura yang dikhabarkan meninggal dunia, hari ini.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh wanita terbabit di laman TikToknya, Ridzuan meminta isterinya itu untuk berkomunikasi menggunakan bahasa Jepun bagi memenuhi permintaan penonton di aplikasi tersebut.

Dalam video itu, Akiko Okumura mesra melayani karenah pengikutnya selain tidak berhenti berterima kasih kepada penonton yang bermurah hati memberikan hadiah ketika bersiaran menggunakan akaun baharu TikToknya.

Akiko Okumura

https://www.tiktok.com/@vionedd_69/video/7476343308311121160

Wanita kelahiran Jepun tersebut turut mengakui sangat mengagumi bekas pemimpin negara, Tun Dr Mahathir Mohamad namun, apa yang menyedihkan hasratnya untuk bertemu dengan negarawan itu tidak kesampaian.

“Saya kongsikan video siaran langsung terakhir Akiko semalam.

“Dia beritahu yang dia sangat mengagumi Tun Mahathir dan berharap dapat bertemu dengan beliau sebelum meninggal dunia.

“Tapi tak sangka itu adalah gurauan terakhir Akiko, dia nampak sangat penat. Salam takziah buat Ridzuan dan sekeluarga,” ujar pemilik video di ruangan kapsyen.

Akiko Okumura

image is not available

image is not available

Hari ini, kecoh di media sosial mengenai berita pemergian Akiko yang telah dimaklumkan oleh suaminya, Ridzuan Ridzokumura di laman Instagram.

“Al-Fatihah buat arwah isteri saya Akiko Okumura telah pergi meninggalkan saya dan anak buat selamanya,” kata Ridzuan hiba.

Sekadar info, Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko yang juga merupakan seorang wanita asal Jepun pada Februari 2009.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura yang kini berusia 13 tahun.

Sumber: TikTok @vionedd_69

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved