Isteri Ridzuan Ridzokumura Meninggal Dunia

28 Feb 2025 • 11:50 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial Ridzuan Ridzokumura iaitu Akiko Okumura dilaporkan telah meninggal dunia pada Jumaat.

Berita duka itu dikongsi oleh Ridzuan atau Abd Ridzuan Abdul Mutalib, 50, di Instagram (IG).

“Al-fatihah buat arwah isteri saya Akiko Okumura telah pergi meninggalkan saya dan anak saya selamanya Al-fatihah,” kongsinya.

Dalam masa sama, aktres Zarina Zainuddin yang juga anak saudara kepada Ridzuan turut memaklumkan berita pemergian Akiko si media sosialnya.

“Innalilahiwainailaihirojiun Akiko Okumura isteri pak cik sava @ridzokumura telah meninggal dunia.

“Semoga Allah tempatkan arwah di kalangan orang orang yang beriman dan beramal soleh, amin,” tulisnya. 

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut meluahkan rasa sedih dengan berita pemergian Akiko tersebut.

Malah, ada juga yang terkejut kerana difahamkan Allahyarham sempat membuat sesi siaran langsung di TikTok pada malam semalam.

Untuk rekod, Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko yang juga merupakan seorang wanita asal Jepun pada Februari 2009.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura yang kini berusia 13 tahun.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved