Hasrat ke final Enrique tidak kesampaian

5 Apr 2025 • 3:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Enrique

LANGKAH penerjun negara, Enrique Maccartney Harold terhenti apabila tidak berjaya menembusi kelompok 12 penerjun terbaik acara 10 meter (m) platform lelaki pada pusingan kelayakan Piala Dunia Terjun 2025 di Guadalajara, Mexico pada Sabtu.

Enrique mengumpul 372.05 mata keseluruhan untuk menduduki tempat ke-13, hanya dipisahkan 7.30 mata di belakang penerjun Itali, Riccardo Giovannini di tempat ke-12 dengan 379.35 mata.

Penerjun tuan rumah, Randal Willars Valdez mengungguli saingan kelayakan tersebut dengan 518.45 mata diikuti dua penerjun China, Cheng Zilong (474.15) dan Zhu Zifeng (462.25) masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Sebagai rekod, hanya 12 penerjun layak ke peringkat akhir yang akan berlangsung Isnin ini.

Pada Jumaat, ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong turut terlepas slot final 10m platform individu wanita selepas menamatkan saingan di tempat ke-13 pada pusingan kelayakan.

Piala Dunia Terjun 2025 seterusnya akan berlangsung di Windsor, Kanada pada 10 hingga 13 April dan diikuti Beijing, China pada 2 hingga 4 Mei. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved