Hasrat staf HSI pindah Terengganu tidak kesampaian

26 Aug 2026 • 12:10 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Hasrat staf HSI pindah Terengganu tidak kesampaian

​KOTA TINGGI – Hasrat murni seorang penolong pegawai perubatan (MA) yang mahu berpindah kerja ke negeri kelahirannya di Terengganu untuk tinggal bersama ibunya tidak kesampaian selepas maut dalam kemalangan di Kilometer 80 Jalan Johor Bahru-Mersing, semalam.

​Rohana Mukhtar, 54, berkata, arwah adiknya, Muhamad Amin Mukhtar, 35, merupakan anak bongsu daripada lapan beradik bersungguh-sungguh menyatakan hasrat untuk berpindah ketika mereka berjumpa hujung minggu lalu.

“Arwah sudah tujuh tahun bertugas di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, dibercadang nak jual rumahnya di Johor dan membeli kediaman di Terengganu dan nak bawa ibu tinggal bersama.

​”Jika sebelum ini bila ditanya bila nak pindah sini (Terengganu) jawapannya tidak mahu tapi kali ini dia kelihatan bersungguh-sungguh mahu pindah ke Terengganu katanya nak bawa ibu duduk bersama,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi di sini hari ini.

​Rohana berkata, kali terakhir dia berjumpa arwah pada semalam dimana arwah sempat pulang ke Setiu, Terengganu untuk menghadiri majlis perkahwinan anaknya, Sabtu lalu.

Katanya, arwah bertolak pulang ke Johor memandu kereta Honda City kira-kira pukul 11 pagi semalam sebelum mereka dikhabarkan dengan berita tragis itu kira-kira pukul 6 petang.

Tambahnya, kepulangannya kali ini meninggalkan seribu duka apabila arwah menunjukkan beberapa perubahan sikap seperti menjadi lebih pendiam.

​”Dia memang nampak lain bahkan ibu pun ada beritahu saya yang Amin dah berubah sebab tak pegang telefon langsung bila bercakap dengan ibu, tak macam selalu tangan mesti tak lekang dengan telefon.

“Rakan-rakan sekerja arwah di Johor turut memaklumkan bahawa arwah ada memohon maaf kepada mereka sebelum balik cuti. Rupa-rupanya itu petanda dia akan pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya.-KOSMO! ONLINE

The post Hasrat staf HSI pindah Terengganu tidak kesampaian appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved