Hasrat Yew Sin-Ee Yi Ke Final Terbuka Switzerland Tidak Kesampaian

26 Mar 2023 • 7:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ong Yew Sin-Teo Ee Yi gagal melangkah ke pentas final Terbuka Switzerland 2023 di Basel selepas tewas kepada pasangan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India pada aksi separuh akhir malam tadi. - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR - Hasrat beregu lelaki negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi melangkah ke pentas final Terbuka Switzerland 2023 di Basel tidak kesampaian selepas tewas kepada pasangan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India pada aksi separuh akhir malam tadi.

Dalam kejohanan yang berlangsung di Basel itu menyaksikan beregu kelapan dunia Yew Sin-Ee Yi terpaksa akur apabila ditundukkan 21-19, 17-21, 21-17 dalam perlawanan selama 69 minit.

Satwiksairaj-Chirag, yang juga pasangan keenam dunia, akan melakukan perhitungan bersama gandingan China Ren Xiang Yu-Tan Qiang di pentas final hari ini.

Terdahulu, Ren Xiang-Qiang menunjukkan jalan keluar kepada gandingan England Ben Lane-Sean Vendy 21-10 dan 21-17 pada pusingan separuh akhir malam tadi.

Selain Yew Sin-Ee Yi, dua lagi wakil negara iaitu pemain profesional perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia dan beregu campuran profesional Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai yang mara ke aksi separuh akhir bertemu lawan masing-masing pada perlawanan lewat pagi tadi waktu Malaysia. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved