Hassan Karim ke Bukit Aman kerana sajak Patik Tak Rela

LocalPolitics
16 Nov 2026 • 2:08 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Hassan Karim ke Bukit Aman kerana sajak Patik Tak Rela

JOHOR BAHRU – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dipanggil polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur petang ini susulan memuat naik sebuah sajak bertajuk Patik Tak Rela di Facebooknya kelmarin.

​Beliau dijadualkan memberi keterangan di Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bermula pukul 3 petang.

​“Saya akan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu Hassan memuat naik satu sajak dipercayai merujuk kes Datuk Seri Najib Razak yang dibenarkan menjalani baki hukuman penjara di rumah selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Hassan menerusi rangkap pertama terlebih dahulu meminta ampun sambil melontarkan persoalan sama ada tindakannnya itu boleh dianggap derhaka kerana cuba berkata benar.

Beliau yang merupakan seorang peguam berkias bahawa tuhan menyeru bersikap adil sesama insan, menegakkan hukum tanpa mengenal darjat. – KOSMO! ONLINE

The post Hassan Karim ke Bukit Aman kerana sajak Patik Tak Rela appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved