Sajak ‘Patik Tak Rela’: Ahli Parlimen Pasir Gudang dipanggil ke Bukit Aman

LocalPolitics
16 Nov 2026 • 12:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Sajak ‘Patik Tak Rela’: Ahli Parlimen Pasir Gudang dipanggil ke Bukit Aman
Hassan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk direkod keterangan berkenaan sajak karyanya bertajuk 'Patik Tak Rela'.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada Isnin untuk direkod keterangan berkenaan sajak karyanya bertajuk 'Patik Tak Rela'.

Menurut Hassan, beliau dipanggil ke Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) pada jam 3 petang.

"Dengan hormatnya dimaklumkan, bahawa saya Hassan Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang dipanggil untuk siasatan ke USJT, Bukit Aman.

"Siasatan berkaitan sebuah sajak karya saya yang tular di media sosial bertajuk 'Patik Tak Rela'," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambah beliau, dirinya akan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada Ahad, Hassan meluahkan rasa kecewa berhubung isu Datuk Seri Najib Razak menerusi sajak yang dimuat naik di Facebook miliknya.

Menerusi sajak itu, Hassan yang juga seorang peguam mempersoalkan sama ada tindakannya menyuarakan bantahan terhadap perkara yang dianggapnya sebagai ketidakadilan boleh disifatkan sebagai derhaka.

Beliau turut menyentuh prinsip keadilan yang perlu ditegakkan tanpa mengira kedudukan atau darjat seseorang, selain menyifatkan sikap berdiam diri terhadap ketidakadilan sebagai satu bentuk persubahatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved