“Hati-Hati Jangan Menunjuk…” – Beli Emas Cecah Harga RM100,000, Ifa Raziah Dikecam Netizen

22 Sep 2022 • 1:40 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi dangdut sensasi Ifa Raziah sekali lagi menarik perhatian netizen apabila satu video dia membeli barangan kemas dimuat naik di TikTok.

Dalam video tersebut, difahamkan harga emas yang dibeli oleh Ifa Raziah mencecah sehingga RM100,000.

Namun begitu, ada segelintir netizen yang mengambil kesempatan untuk mengecam pelantun lagu Terus Terang itu yang dianggap seperti ingin menunjuk-nunjuk.

“Tak salah nak beli berapa besar mana pun tapi jangan menunjuk-nunjuk,” ujar seorang warganet.

“Hati-hati jangan menunjuk sangat kekayaan dan kemampuan kita…Jadikan pengajaran apa yang berlaku minggu lepas,” kata seorang lagi netizen.

image is not available

Walau bagaimanapun, ada juga yang berasa kagum dengan dengan kekayaan yang dimiliki oleh Ifa Raziah.

image is not availableimage is not available

Sekadar info, Ifa Raziah sebelum ini pernah dikecam oleh netizen kerana nyanyiannya yang dianggap sumbang semasa menyertai satu pertandingan di sebuah rancangan stesen televisyen.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:

image is not available 2 minggu lalu

"Netizen Pergi Mampus! Orang Ngata Takkan Nak Diam" - Tengking Wartawan, Ifa Raziah Dilabel 'Berlagak'