“Ramai Kata Ustazah Berdrama” – Ustazah Asma’ Harun Bersumpah Tak Kejar Konten Jumpa Ifa Raziah

15 Sep 2022 • 12:05 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, pendakwah dikenali ramai iaitu Ustazah Asma’ Harun telah bertemu dengan penyanyi dangdut sensasi, Ifa Raziah baru-baru ini dan pertemuan tersebut menerima reaksi negatif daripada para netizen.

Kebanyakkannya netizen merasakan pertemuan tersebut telah dirancang hanya untuk membuat konten serta mengejar publisiti.

Susulan itu, Ustazah Asma’ tidak mendiamkan diri dan tampil bersuara untuk menafikan segala dakwaan yang mengatakan pertemuan dia bersama selebriti itu hanya sekadar konten sahaja.

Ada Al-quran di depan saya. Pertemuan saya dan Ifa Raziah tidak dirancang.

Dalam pada masa yang sama, pendakwa tersebut turut berkata dirinya sama sekali tidak kisah jika ada netizen yang ingin terus menerus mengecamnya ataupun memfitnah dia.

Apa yang dipentingkan oleh Ustazah Asma’ adalah dirinya yang berniat ikhlas untuk bertemu dengan Ifa.

Sebelum ini, Ifa Raziah ada meluahkan rasa sebak di laman Instagram kerana dapat bertemu dengan Ustazah Asma’ kerana sudah lama menyimpan hasrat untuk bertemu dengan pendakwah terbabit.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

image is not available 3 hari lalu

"Ujian Akhir Zaman" - Menangis Dalam 'Live', Ustazah Asma Tak Tahan Dikecam Berterusan Tanpa Sebab

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved