Hati-hati keluar kenyataan! Jangan politikkan hak istimewa Melayu musim PRN -Yuneswaran

LocalPolitics
7 Jul 2026 • 6:57 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Timbalan Menteri Perpaduan, R. Yuneswaran mengingatkan semua ahli politik supaya tidak mempolitikkan isu hak keistimewaan orang Melayu sepanjang musim Pilihan Raya Negeri (PRN). Beliau menegaskan perlindungan terhadap hak tersebut sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak bergantung kepada mana-mana parti yang mentadbir kerajaan.

Gesa semua ahli politik lebih bertanggungjawab

Memetik laporan daripada Astro Awani, Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi negara dan sebarang peruntukan berkaitan hak yang dilindungi tidak boleh dipinda sewenang-wenangnya kerana memerlukan sokongan majoriti dua pertiga di Parlimen serta melalui pelbagai proses yang ditetapkan.

Beliau turut menggesa semua ahli politik agar lebih bertanggungjawab ketika mengulas perkara yang melibatkan Perlembagaan Persekutuan supaya tidak mencetuskan perpecahan dalam kalangan masyarakat.

“Saya sebagai Timbalan Menteri harus menjaga keharmonian, bukan sahaja di kalangan masyarakat tetapi termasuk dalam parti-parti kerajaan sedia ada dan rakan-rakan dari pihak pembangkang.
“Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang tertinggi negara dan perkara itu jelas. Kita juga tahu sekarang musim pilihan raya, jadi saya cadangkan, alu-alukan dan juga menyarankan kepada ahli-ahli politik, elakkanlah (bangkitkan perkara sebegini) ya.
“Kita tahu sebab kita semua ni adalah pembawa dasar jadi perlu sangat berwaspada dan berhati-hati dalam ‘articulate’ apa-apa isu yang ada termaktub dalam perlembagaan, itu jelas,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat pada Selasa.

Image from: Hati-hati keluar kenyataan! Jangan politikkan hak istimewa Melayu musim PRN -Yuneswaran

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang merujuk kepada kenyataan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mendakwa hanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) mampu melindungi kepentingan orang Melayu serta agama Islam.

Image from: Hati-hati keluar kenyataan! Jangan politikkan hak istimewa Melayu musim PRN -Yuneswaran

Menurut Yuneswaran, prinsip keluhuran Perlembagaan menetapkan bahawa Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi negara seperti diperuntukkan di bawah Perkara 4(1), sekali gus menjadikan mana-mana undang-undang atau kontrak yang bercanggah dengannya terbatal dan tidak sah.

Image from: Hati-hati keluar kenyataan! Jangan politikkan hak istimewa Melayu musim PRN -Yuneswaran

Sebelum ini, Khairy dilaporkan menggesa pengundi Melayu-Islam di Negeri Sembilan mengembalikan sokongan kepada UMNO-BN pada PRN akan datang dengan mendakwa Menteri Besar Sementara, Datuk Seri Aminuddin Harun gagal melindungi kepentingan masyarakat tersebut.

Sumber:Yuneswaran

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved