Hati-hati! ‘Scammer’ Guna Taktik Baru, Hantar Jemputan Kahwin Palsu Di WhatsApp

Entertainment
19 Jun 2023 • 1:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nampak gayanya, scammer kini semakin licik dalam memperdaya mangsa. Terbaru, tular di Twitter modus operasi scammer ini menggunakan WhatsApp untuk menghantar jemputan palsu yang memerlukan mangsa untuk memuat turun kandungan menggunakan sebuah link.

Mereka akan menyamar sebagai individu yang dikenali dan menghantar kad jemputan perkahwinan menerusi fail APK (Kit Pakej Android).

image is not available

Dalam laporan Buletin TV3, menurut Ketua Biro Teknologi Komuniti Sumber Terbuka Malaysia, Harisfazillah Jamel, scammer ini menyasarkan warga emas kerana golongan ini mempunyai wang yang banyak seperti pengeluaran EPF serta duit pencen.

“Perkara utama adalah kesedaran. Kita perlu berikan kesedaran dari segi pemahaman teknologi dan penggunaan telefon pintar kepada golongan ini.

Penerangan ini perlu kita ajarkan kepada orang ramai terutama warga emas, jangan sesekali pasang APK (Kit Pakej Android) yang bukan daripada Google Play, App Store atau Huawei App Gallery,” katanya.

“Sentiasa ingatkan mak ayah korang!”

Selain itu, terdapat pelbagai reaksi daripada netizen, rata-rata antara mereka amat risau tentang keselamatan orang tua mereka, ada juga yang memberikan beberapa tips agar kita tidak terjerat dengan taktik ini.

image is not available

Stay safe korang!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.