‘Hati-Hati Wanita Di Kuching’, Individu Dedah Pemandu Maxim Miang Dengan Penumpang

23 Aug 2023 • 5:26 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tular di media sosial pemandu e-Hailing ‘rengat’ dengan penumpang

Hati-hati Wanita Di Kuching, Individu Dedah Pemandu Maxim Miang Dengan Penumpang. Satu hantaran menjadi tular baru-baru ini apabila seorang individu berkongsi mengenai pemandu e-Hailing Maxim yang ‘miang’.

Menerusi perkongsiannya di laman Facebook, individu itu memberi pesanan kepada semua wanita yang berada di Kuching atau di seluruh Sarawak untuk sentiasa berhati-hati dengan pemandu Maxim tersebut.

image is not available
Sumber: facebook

Dalam pada itu, dia turut menunjukkan tangkapan skrin perbualan antara pemandu Maxim itu bersama kawan perempuannya.

Kejadian berlaku minggu lepas, memandu kereta Bezza

Bahkan, difahamkan kejadian berlaku pada minggu lepas dan pemandu e-Hailing yang bernama Hafis itu memandu kereta Perodua Bezza, namun lupa nombor plat keretanya.

image is not available
Sumber: facebook

Berdasarkan perbualan tangkapan skrin, dapat dilihat pemandu Maxim itu cuba ‘menggatal’ dengan penumpangnya melalui chat di aplikasi WhatsApp.

Untuk keselamatan, viralkan nombor plat

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen menyuruh untuk sebarkan nombor plat kenderaan tersebut agar semua perempuan akan berhati-hati selepas ini.

image is not available
Sumber: facebook

Bukan itu sahaja, ada juga yang menasihatkan untuk blok nombor telefon pemandu e-Hailing itu dan jangan sesekali dilayan lagi.

Baca juga artikel yang berkaitan: