Hati Kini Milik ‘Mr Doctor’, Sophia Albarakbah Minta Jangan Ungkit Kisah Lama

Entertainment
13 Mar 2023 • 5:19 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
sophia

Sebelum ini, nama pelakon Sophia Albarakbah menjadi bualan ramai kerana terlibat dalam kontroversi rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah.

Walau bagaimanapun, Sophia kini telah mendedahkan dirinya sedang dilamun cinta bersama seorang jejaka yang digelar ‘Mr Doctor’, uish betul ke ni?

Sophia dengan siapa?

image is not available

Sophia enggan mengulas lanjut mengenai hubungan bersama lelaki tersebut. Namun, dirinya berkongsi jejaka itu tetap memberi sokongan kepadanya ketika kontroversi sebelum ini melanda.

Saya tak gemar berkongsi hal peribadi, kalau sudah berkahwin nanti saya akan kongsi kepada semua. Tapi orang yang rapat dengan saya tahu siapa jejaka tersebut. Buat masa sekarang cukuplah dia dikenali sebagai Mr Doctor dan dialah yang ada di sisi saya ketika berdepan kontroversi sebelum ini. Dia membuatkan saya jadi seorang yang lebih kuat.

Dalam pada masa yang sama, Sophia juga meminta orang ramai untuk tidak memanjangkan lagi isunya bersama Aliff Aziz di media sosial. Dia juga mengakui bahawa emosinya terganggu disebabkan kecaman yang diterima.

Saya rasa cerita ini sudah lama dan semua orang patut move on. Kami pun sudah selesai menjalani penggambaran. Cukuplah hanya orang-orang terlibat sahaja tahu.

Bagus Sophia dapat jadi seorang yang profesional, tapi agaknya siapa jejaka baru itu eh?

Kredit: Mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved