“Dia Handsome Sangat! ” – Peminat Malaysia Kongsi Pengalaman Terserempak Dengan Byun Wooseok Di Korea

Entertainment
14 May 2024 • 10:00 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Seorang individu dari Malaysia telah berkongsi pengalaman manis mereka terserempak dengan Byun Woo-seok di lapangan terbang Korea.

Individu tersebut berkata, Byun Woo-seok pada ketika itu sedang melakukan penggambaran bagi babak lapangan terbang untuk drama “Lovely Runner”.

Malah, peminat bertuah tersebut turut diberi peluang untuk berbual dengan pelakon lelaki yang sedang meningkat naik itu.

Peminat itu turut berkongsi bahawa pada mulanya Byun Woo-seok berasa terkejut selepas dia memberitahu bahawa dia mengenali pelakon itu.

Katanya,

Pada mulanya, Byun Woo-seok tanya sama ada saya mengenali dia, saya jawab ye sebab saya tonton ’20th Century Girl’ di Netflix dan dia jawab ‘Ohh.. yeah?’. Dia comel sangat!

Sambungnya lagi,

Saya dapat tengok dia depan mata dan dapat berbual dengan dia sekejap. Dia sangat tinggi dan kacak! Dia juga seseorang yang sangat baik dan sopan.

Untungnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.