“Hati Saya Terasa” – PU Riz Sedih Digelar ‘Penunggang’ Agama & Tak Ada Tauliah, Hantar LOD RM1 Juta

30 Oct 2026 • 1:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pendakwah selebriti, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz, mengakui emosinya terganggu selepas dituduh tidak mempunyai tauliah dan kelayakan untuk menyampaikan ceramah agama.

View this post on Instagram

Advertisement

Menurut PU Riz, 31, dia tidak menghalang mana-mana pihak daripada mengkritik cara penyampaian tazkirahnya, namun terkilan apabila latar belakang pendidikan serta kelayakannya dalam bidang agama dipertikaikan.

PU Riz Sedih Dilabel Penunggang Agama

PU Riz berkata, dakwaan berterusan sehingga melabelnya sebagai ‘penunggang agama’ turut memberi kesan terhadap kesihatan mentalnya.

“Saya sebenarnya sedih dengan perkara ini. Saya memberikan tazkirah kepada orang ramai, tidak salah sekiranya ada pihak yang mahu mengkritik. Mungkin mereka tidak bersetuju dengan apa yang saya sampaikan dan itu perkara biasa.”

“Namun, apabila melibatkan kelayakan pendidikan, saya harap mereka dapat menghormati usaha dan perjalanan saya dalam menuntut ilmu.

“Pada awalnya mungkin saya tidak begitu terasa, tetapi apabila berterusan menerima pelbagai kata-kata sedemikian, lama-kelamaan agak menyakitkan.”

PU Riz berkata demikian ketika ditemui pada sidang media khas bersama media di pejabat guaman Faizal Rahman & Co, Setapak, pada Jumaat.

PU Riz Tiada Tauliah Pengajian?

Dalam pada itu, PU Riz menegaskan dakwaan kononnya dia tidak mempunyai tauliah mengajar agama adalah tidak benar.

View this post on Instagram

Menurutnya, dia sudah memperoleh tauliah mengajar agama sejak 2020.

“Dakwaan bahawa saya tidak mempunyai tauliah itu memang agak serius. Saya sebenarnya mempunyai tauliah sejak tahun 2020 lagi dan tauliah tersebut merupakan tauliah mengajar agama.”

“Mengenai kelayakan pendidikan, ada juga pihak yang menulis pelbagai perkara sehingga sedikit sebanyak menyentuh perasaan saya.”

“Untuk pengetahuan, saya pernah melanjutkan pengajian di Mesir sebelum menyambung pengajian peringkat ijazah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Alhamdulillah, minggu lalu saya juga baru sahaja menamatkan pengajian Sarjana Pengajian Islam di Open University Malaysia (OUM).”

Ambil Tindakan Saman

Tambah bapa kepada dua cahaya mata itu, dia berharap penjelasan berkenaan dapat menamatkan persoalan mengenai kelayakan akademik dan tauliah yang dimilikinya.

“Saya harap selepas ini tidak timbul lagi persoalan mengenai kelayakan pendidikan mahupun tauliah yang saya miliki. Malah, saya percaya semua maklumat tersebut boleh diakses menerusi platform berkaitan yang mengeluarkan pengiktirafan berkenaan.

PU Riz  telah menghantar Surat Tuntutan (Letter of Demand, LOD) melalui peguamnya, Faizal Rahman, terhadap seorang pemilik akaun media sosial di platform Threads

Terdahulu, seorang pengguna media sosial mendakwa PU Riz tidak mempunyai tauliah dan melabelnya sebagai ‘penunggang agama’ susulan isu pembatalan acara Nunha Meet & Greet di Johor yang dijadualkan berlangsung pada 24 Oktober lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Hati Saya Terasa” – PU Riz Sedih Digelar ‘Penunggang’ Agama & Tak Ada Tauliah, Hantar LOD RM1 Juta2026-10-29 18:40:40

“One Final Dubai Diary” - Cetus Spekulasi, Netizen Persoal Rumah Tangga Athisha Khan

The post “Hati Saya Terasa” – PU Riz Sedih Digelar ‘Penunggang’ Agama & Tak Ada Tauliah, Hantar LOD RM1 Juta first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved