“Lama-Lama menyakitkan hati” – Dituduh Penunggang Agama & Tiada Tauliah, PU Riz Tampil Bersuara

30 Oct 2026 • 2:53 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 44

Pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd. Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz, meluahkan rasa terkilan apabila sering dilemparkan pelbagai tuduhan jelik, termasuk dakwaan menunggang agama dan tidak mempunyai tauliah untuk menyampaikan ceramah.

Menurut suami kepada selebriti terkenal Neelofa itu, dirinya tidak pernah menolak sebarang kritikan membina terhadap gaya penyampaian dakwahnya. Namun, beliau berharap orang ramai lebih berhemah dan tidak sewenang-wenangnya mempertikaikan kelayakan serta perjalanan pendidikannya tanpa mengetahui fakta sebenar.

Artikel berkaitan: “Maaf jika tak setuju” – PU Riz Saran Orang Ramai Tidak Boleh Pelihara Anjing

Artikel berkaitan: PU Riz Terkilan Sikap Segelintir Penyokong Kurang Adab Ketika Menonton Perlawanan MU Lawan ASEAN All-Stars

“Saya sebenarnya sedih dengan perkara ini. Apabila kita memberikan tazkirah kepada orang ramai, saya rasa tidak salah jika ada pihak mahu mengkritik. Itu bukan masalah kerana mungkin mereka tidak bersetuju dengan apa yang saya sampaikan.

Namun, apabila perkara itu melibatkan kelayakan pendidikan, saya berharap mereka dapat menghormati usaha serta perjalanan saya dalam menuntut ilmu,” katanya.

WhatsApp Image 2020 12 28 at 3.00.28 PM e1609139184532

Beliau mengakui pada mulanya cuba mengambil pendekatan berdiam diri dan tidak begitu merasai kesan kecaman tersebut. Walau bagaimanapun, apabila kata-kata negatif itu berterusan dilemparkan, ia mula memberi kesan kepada emosinya.

“Saya minta maaf kerana membangkitkan perkara ini, tetapi saya berharap isu berkenaan tidak lagi diperbesarkan.

Pada awalnya, saya tidak begitu terasa tapi apabila berterusan menerima pelbagai kata-kata sedemikian, lama-kelamaan perkara itu mula menyakitkan hati,” jelasnya.

Menjawab dakwaan kononnya beliau berdakwah tanpa tauliah sah, Haris menegaskan bahawa dirinya sebenarnya sudah memiliki tauliah mengajar agama sejak tahun 2020 lagi.

Malah, beliau turut menceritakan latar belakang akademiknya yang merangkumi pengajian di Mesir sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Lebih memperkemaskan kelayakannya dalam bidang pengajian Islam, Haris mendedahkan beliau baru sahaja menamatkan pengajian peringkat Sarjana (Master) Pengajian Islam di Open University Malaysia (OUM) baru-baru ini.

“Untuk pengetahuan, saya pernah melanjutkan pengajian di Mesir sebelum menyambung pengajian peringkat ijazah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Alhamdulillah, minggu lalu saya juga baru sahaja menamatkan pengajian Sarjana Pengajian Islam di Open University Malaysia (OUM).

Jadi, saya berharap selepas ini tidak timbul lagi persoalan mengenai kelayakan pendidikan mahupun tauliah dimiliki,” tegasnya.

Dalam sidang media sama, Haris turut menyentuh mengenai isu pembatalan acara Nunha Meet & Greet di Johor yang dijadualkan berlangsung pada 24 Oktober lalu. Acara tersebut sebelum ini terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan dan kesihatan berikutan keadaan jerebu.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved