Haven XR Akan Membuka Pawagam Realiti Diperluas Pertama Di Malaysia 2024

TechnologyDigital
29 Aug 2023 • 2:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Haven XR iaitu perkhidmatan pawagam realiti diperluas (XR) dari Australia akan dibuka di Malaysia pada suku pertama 2024. Ia akan menjadi pawagam XR pertama dunia di dalam pusat membeli-belah.

image is not available

Syarikat di sebalik KidZania dan ESCAPE, Sim Leisure Group bertanggungjawab membawa masuk Haven XR ke Malaysia. Pengunjung atau “penonton” perlu memakai set kepala dan berapa sensor untuk mengalami pengalaman penuh imersif.

image is not available

Haven XR menyatakan, teknologi mereka adalah berasaskan Location Based Virtual Reality. Pengunjung boleh merasai perubahan suhu mengikut adegan, angin, terdapat simulasi bau dan juga graviti.

Filem pertama nanti adalah The Keeper, sebuah filem seram dengan durasi 20 minit. Haven XR turut dikatakan adalah seakan bilik teka ria Escape Room, dengan pengunjung boleh rasa objek sebenar, melakukan aktiviti dan misi bersama rakan.

image is not available

SLG turut akan membuka atau mengubah pusat membeli-belah hibrid dengan taman tema. Mereka turut mendakwa telah menemui konsep roller coaster realiti diperluas yang penuh realistik dan akan dibuka di Malaysia juga nanti.

image is not available