Selepas Kejayaan Mendarat Di Bulan, India Mahu ‘Melawat’ Matahari Pula

Space
29 Aug 2023 • 3:37 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kejayaan India apabila menjadi negara pertama mendaratkan kapal angkasa di kutub selatan bulan yang sebahagian besarnya belum diterokai ternyata membuka mata orang ramai.

Malah, baru-baru ini, Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (Isro) memberitahu akan melancarkan satelit untuk meninjau matahari pula.

image is not available

“Pelancaran Aditya-L1, balai cerap angkasa pertama yang mengkaji matahari, dijadualkan pada 2 September ini,” kata Isro di X.

Untuk pengetahuan semua, dalam bahasa hindi, Aditya adalah bermaksud ‘matahari’ bakal dilepaskan ke orbit lingkaran cahaya di kawasan angkasa kira-kira 1.5 juta kilometer dari bumi dimana akan memberikan satu sudut pandangan yang jelas secara berterusan kepada matahari.

“Ini akan memberikan kelebihan yang lebih besar untuk memerhati aktiviti suria dan kesannya terhadap cuaca angkasa dalam masa nyata,” ujarnya lagi.

image is not available

Difahamkan, tujuh muatan yang dikenai sebagai fotosfera dan kromosfera, pengesan medan elektromagnet dan zarah akan dibawa oleh kapal angkasa untuk memerhati lapisan paling di luar matahari.

Antara objektif penerokaan itu adalah untuk mengkaji pemacu bagi cuaca angkasa, termasuk untuk lebih memahami dinamik angin suria.

image is not available

Ini akan menjadi misi pertama untuk India walaupun Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) dan Agensi Angkasa Eropah (ESA) sebelum ini sudah menempatkan pengorbit untuk mengkaji matahari.