Dari kiri Fahmi, Ahmad Zahid, Anwar, Saarani serta Ketua Pegawai Eksekutif Bernama (CEO) Roslan Ariffin pada majlis perasmian HAWANA 2023 di Ipoh, semalam. - Gambar oleh Azim Rahman
Penganjuran Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 yang diadakan di Ipoh, disifatkan sebagai perhimpunan terbesar pengamal media dengan dihadiri kira-kira 150 pakar dan pemain industri tersebut.
Bertemakan "Media Bebas, Tunjang Demokrasi" HAWANA 2023 telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Casuarina, Meru Raya, Ipoh.
Ia turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil serta timbalannya, Teo Nie Ching.
Perhimpunan selama tiga hari bermula 27 Mei itu turut menjadi wadah perbincangan terutama mengenai aspek kebebasan dan keselamatan media.
Getaran turut menyertai perhimpunan tersebut dan jurufoto Azim Rahman merakamkan aksi-aksi menarik sempena perhimpunan berkenaan.
Anwar Ibrahim (tengah) menerima Kad Perakuan Media sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di Hotel Casuarina.
Dari kiri Teo Nie Ching, Fahmi dan Ketua Pegawai Eksekutif Bernama (CEO) Roslan Ariffin pada forum sempena penganjuran Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023.
Pengarah Eksekutif Petra News, Datuk Ahirudin Attan (kiri) ketika mengendalikan forum Bertemakan “Masa Depan Media” sempena HAWANA 2023.,
Kemeja-t turut dipamerkan di gerai pameran sempena Hari Wartawan Malaysia (HAWANA) 2023 yang berlangsung di Pasar Raya Mydin, Ipoh.
Potret Anwar Ibrahim turut dipamerkan di galeri pameran foto The Vibes.
Sebahagian pengamal media yang hadir pada kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023.
The Vibes dan Getaran, iaitu dua portal berita di bawah Petra News turut mengambil bahagian sempena HAWANA 2023..
Kehadiran Fahmi dan Nie Ching ke gerai pameran The Vibes dan Getaran disambut oleh Ketua Pengarang Petra News merangkap Pengarang Urusan The Vibes, Terence Fernandez (kanan).
Aktiviti melukis turut diadakan sempena pameran HAWANA 2023.
Pertandingan boling antara media turut diadakan dengan penyertaan menggalakkan daripada pengamal media.
Sebahagian petugas The Vibes bersama Ketua Pengarang Petra News merangkap Pengarang Urusan The Vibes, Terence Fernandez (tiga dari kanan) yang turut menyertai Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di Ipoh.