HBO Max Shorts Diperkenalkan Untuk Kandungan Video Menegak

EntertainmentTechnology
29 Jul 2026 • 2:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

HBO Max Shorts Diperkenalkan Untuk Kandungan Video Menegak

Kita kini berada dalam era di mana banyak platform menggunakan suapan video menegak ala ‘Shorts’ untuk memudahkan pengguna mencari kandungan.

Antaramuka HBO Max Shorts

HBO Max turut mengikuti trend ini dengan memperkenalkan HBO Max Shorts iaitu suapan video menegak yang memaparkan treler, klip dan kandungan tambahan yang disesuaikan mengikut minat pengguna. Melalui ikon Shorts Baharu, HBO Max menawarkan cara baharu kepada pelanggan untuk melayari dan meneroka pustaka premium mereka sama ada menonton terus atau menambah kandungan ke senarai simpanan.

Pada asasnya, klip untuk ciri ini dikuasakan oleh alat kecerdasan buatan (AI) yang dibangunkan sendiri oleh HBO. Alat ini membantu penyunting memilih kandungan melalui algoritma pembelajaran mesin yang menganalisis setiap babak secara mendalam. Teknologi tersebut meneliti ribuan jam kandungan dan mencadangkan babak paling menarik serta berimpak tinggi bagi memudahkan pencarian.

Editor HBO Max kemudian memilih klip yang paling sesuai untuk mewakili jalan cerita, termasuk detik mengagumkan, perubahan mendadak dalam jalan cerita dan babak visual yang memukau. Klip-klip ini seterusnya dipaparkan dalam pengalaman video menegak baharu bagi memastikan main balik yang lancar.

Image from: HBO Max Shorts Diperkenalkan Untuk Kandungan Video Menegak
Gambar Sekadar Hiasan – Netflix Clips

Dengan langkah ini, HBO Max dilihat menyertai perkhidmatan penstriman lain seperti Netflix yang turut menawarkan suapan video menegak untuk kandungan masing-masing. Warner Bros. memaklumkan bahawa ciri ini sedang diuji dengan pengguna iOS terpilih di Amerika Syarikat sebelum diperkenalkan secara meluas pada masa akan datang.

Sumber – HBO Pressroom

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved