
TANJONG MALIM, 19 APRIL DIS: Program Jerayawara Siswa #KitaSelangor diteruskan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah, di sini malam tadi bersekali penganjuran sambutan Aidilfitri 2025.
Dihadiri Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli, program bertujuan menghebahkan insentif ditawar pentadbiran Selangor.
Dalam majlis berkenaan, Amirudin turut menyerahkan bantuan kepada dua mahasiswa yang terlibat insiden letupan saluran paip Petronas di Putra Heights, Subang yang berlaku pada 1 April.
Amir Aziz Zoolkifli dan Afdhal Abqori Ahmad Mashuri, masing-masing menerima komputer riba sumbangan Kementerian Komunikasi serta baucar buku bernilai RM200 daripada Kerajaan Negeri.
Menerusi belanjawan tahun lalu, Kerajaan Negeri memperkenalkan program berkenaan dengan menjelajah seluruh negara bagi menyantuni mahasiswa anak Selangor di universiti awam.
Untuk tahun ini, program sudah berlangsung di Universiti Malaysia Kelantan pada awal Januari dan bakal diteruskan ke Universiti Teknologi Melaka (Utem) hujung bulan depan.




The post Hebah insentif kepada mahasiswa Selangor, program jerayawara diteruskan di UPSI appeared first on Selangorkini.
