Hebat bongkar banyak hal, Caprice surrender kendali kes Aliff-Bella

25 Apr 2024 • 10:57 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pempengaruh, Caprice surrender kendali kes Aliff Aziz, Bella Astillah dan skandal-skandalnya walaupun sebelum ini dia memang hebat membongkar banyak hal melibatkan isu semasa.

Perancangan awal sudah berubah

Menerusi perkongsian yang dibuat Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, memaklumkan yang dirinya tarik diri daripada mengendali kes melibatkan Aliff Aziz, Ruhainies, Bella Astillah dan juga Sarah Yasmine kerana meraskan perancangan asal sudah berubah.

Caprice surrender kendali kes Aliff Aziz, perancangan asal diubah last minute

Hal ini susulan tindakan wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine yang mendedahkan perbualan WhatsApp Aliff dan individu dikenali sebagai NRF di Insta Story semalam.

Dalam hantaran yang dibuat Carice lagi, dia sudah berjaya mengumpulkan keempat-empat individu terbabit untuk duduk satu meja bagi menyelesaikan kemelut yang melanda antara mereka, namun perancangan tersebut terpaksa dibatalkan selepas plan asal diubah sesuka hati.

image is not available

Caprice surrender kendali kes Aliff Aziz, anggap semua bodoh!

Caprice menyatakan mereka semua yang terlibat dalam isu terbabit sebagai ‘bodoh’ dan meminta selepas ini tidak menghubunginya bagi mendapatkan pertolongan.

Pempengaruh itu merasakan dirinya dipermainkan kerana sepatutnya mereka akan mengadakan perbincangan, namun semua tergendala susulan pendedahan tersebut.

image is not available

Lepas ni tak nak ambil kes rumah tangga

Ujarnya, selepas ini tiada lagi kes rumah tangga yang akan diambil untuk dibantu kerana merasakan ia sangat berisiko lebih-lebih lagi dengan apa yang sudah berlaku.

Dia mengaku menyesal memberi peluang kepada individu-individu terbabit untuk menyelesaikan masalah mereka di tempatnya selepas mereka menukar plan secara mengejut.

image is not available

Penat bagi nasihat tapi orang putar belit

image is not available

Terdahulu, nama beberapa selebriti telah dipetik dalam perbualan WhatsApp antara Aliff Aziz dengan NRF yang dipercayai Ruhainies.

Antara yang menjadi sebutan adalah Chacha Maembong, Emma Maembong dan juga Caprice.

Namun begitu, ketiga-tiga mereka telah membuat penjelasan berhubung isu berkenaan dan mengambil langkah untuk tidak mencampuri lagi urusan rumah tangga antara Bella Astillah dengan Aliff Aziz beserta skandal-skandalnya.

Sumber: Instagram Caprice