Hebat! Bonnie Bunyau rangkul emas kedua negara, pecah rekod dunia, 5 fakta mengenainya

7 Sep 2024 • 12:45 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

TAHNIAH diucapkan kepada atlet powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin meraih pingat emas Sukan Paralimpik 2024 dan mencatat rekod dunia baharu 232 kilogram (kg).

Berjaya mempertahankan emas yang diraihnya pada Sukan Olimpik Tokyo 2020, Bonnie memadam rekod lama 231kg miliknya yang dicatat pada edisi terdahulu temasya sukan dunia itu.

image is not available

Dalam acara yang berlangsung di Porte de La Chapelle Arena, Paris hari ini, atlet berusia 25 tahun itu berjaya mengangkat bebanan 232kg.

Kejayaan tersebut sekali gus menjadi pingat emas kedua buat kontinjen negara selepas jaguh badminton para, Cheah Liek Hou menyumbang emas pertama dalam acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) Isnin lalu.

image is not available

Memulakan karier sebagai atlet pada awal usia 15 tahun, Bonnie gigih berusaha tanpa putus asa sekali gus menyaksikan namanya kini terukir sebagai salah seorang jaguh terbaik dunia.

Berikut adalah lima fakta mengenai Bonnie:

image is not available

1)Bonnie dilahirkan pada 3 Jun 1999 adalah atlet kelahiran Kampung Baru Mawang, Serian, Sarawak. Bonnie berketurunan Iban dan Bidayuh.

2)Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Rupanya bakat powerlifting dimengalir dalam dirinya diwarisi daripada bapa, Gustin Jenang, dan abangnya, Brian Junency juga merupakan atlet powerlifting para Malaysia.

3)Beliau pernah menjadi pemegang Jalur Gemilang semasa majlis pembukaan Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

image is not available

4)Beliau juga mencatat kejayaan manis sebagai pemenang emas di Piala Dunia Powerlifting di Bangkok bagi kategori 72 kg Mei lalu.

5)Bonnie juga pernah dinobatkan Anugerah Atlet Para Terbaik pada majlis Anugerah Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2019.

Bukan calang-calang rekod yang dicapai anak Malaysia hingga mampu ke podium dan dikalungkan pingat emas.

Terima kasih dan tahniah diucapkan buat Bonnie dan kontinjen Paralimpik Malaysia atas kejayaan yang membanggakan ini. #KitaSemuaTeamMAS #DemiMalaysia