“Hebat kau bang!” – Netizen Puji Rider OKU Belanja Minyak Motor Untuk ‘Stranger’

Entertainment
22 Jan 2024 • 1:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau korang perasan, rider penghantar makanan selalunya akan menolong sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan di jalan raya. Lebih-lebih lagi bila ada kemalangan, merekalah yang selalu sampai dulu untuk hulurkan bantuan.

Beberapa hari lepas, tular satu video di TikTok mengenai seorang rider yang mahu mengisi minyak motosikalnya di sebuah stesen minyak. Tiba-tiba, dia didatangi oleh seorang wanita yang tidak dikenali dan ingin mengisi petrol di pam yang sama.

@ahmadnabil400

#CapCut alhamdulillah ade rezeki sikit dapat bagi ke mokciksemoga sehat selalu ye makcik.#Fyp #fypシ #fypage #ridersatutangan #Oku

♬ Instrumen Sholawat Sedih – Yuda pratama

Rider bagi makcik minyak free

Sewaktu rider itu mahu mengisi petrol ke dalam motosikal, wanita tersebut memberhentikan motosikalnya di sebelah rider itu. Tanpa berfikir panjang, dia mahu membelanja minyak untuk motosikal wanita itu.

Waktu ni nak tarik pam minyak, nak bagi makcik ni minyak free.

Namun, disebabkan ada masalah teknikal pada pam petrol itu, dia terus selesaikan masalah itu di kaunter pembayaran. Setelah itu, dia mengisi minyak petrol ke dalam motosikal wanita berkenaan.

Kenapa tangan berlipat?

Sedang mereka berbual, wanita itu bertanya tentang tangan kirinya yang berlipat dan menyangka tangan rider itu patah. Kata rider itu, tangan kirinya sudah tiada disebabkan kemalangan dan kini hanya memakai tangan palsu.

Saya cakap tangan palsu makcik. Tangan saya dah tak ada waktu accident tu putus tangan.. makcik ni terkejut.

Kagum dengan semangat rider itu mencari rezeki walau serba kekurangan, wanita berkenaan memuji rider tersebut.

Makcik ni pun cakap la.. semangat adik ni kuat.. semoga tabah dalam kehidupan dan terus semangat dik yee.. – Makcik

Baik makcik terima kasih.. doakan saya moga murah rezeki ye.. – Rider

Selesai sahaja mengisi minyak pada motosikal wanita itu, lelaki itu berterima kasih kepada makcik itu kerana mendoakannya.

Video yang dimuat naik oleh rider itu sendiri di TikTok miliknya telah mendapat perhatian netizen. Ramai antara mereka kagum dengan semangat rider tersebut.

image is not available image is not available

Sedih min tengah video ni.. moga abang rider ni dimurahkan rezeki selalu..

Sumber: TikTok

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.