Hebatnya Kuasa Allah! Mayat Rakyat Palestin Berbau Harum Meski Dah 3 Hari Terperangkap Dalam Runtuhan

Entertainment
19 Oct 2023 • 4:42 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebak menyelubungi penduduk di Palestin apabila mereka baru-baru ini seorang individu menemui mayat korban mangsa peperangan yang sudah terperangkap selama 3 hari di bawah runtuhan.

Ianya dikongsikan menerusi Instagram Cinta Gaza Malaysia, yang mana mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan darah masih lagi mengalir. Subhanallah!

Jelasnya lagi, biarpun sudah 3 hari, mayatnya masih lagi segar dengan darah masih lagi mengalir dan lelaki tersebut juga memaklumkan mangsa dilihat dalam keadaan tersenyum.

Lebih mengharukan, mangsa yang ditemui setelah 3 hari berada di bawah runtuhan itu juga tubuhnya berbau sangat harum.

“Tiga hari terperangkap di bawah runtuhan. Darahnya masih mengalir keluar. Saya betul-betul bau jenazah ini berbau harum. Saya bersumpah pemuda ini tersekat selama tiga hari.”

Mangsa yang dikenali sebagai Abdullah Rabi’e Sahwil dianggap mati syahid kerana terkorban menentang kekejaman rejim Zionis.

Sumber Maktabah Al Bakri ada menjelaskan bahawa gelaran syahid di akhirat dan dunia akan diberikan kepada mereka yang terbunuh di jalan Allah dalam menentang orang-orang kafir.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.