“Hebatnya” – Ramai Netizen ‘Impress’ Lihat DSV Lancar Berbahasa Mandarin

Entertainment
26 Apr 2024 • 5:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Berkebolehan dalam berbahasa selain bahasa ibunda merupakan salah satu perkara yang mempunyai banyak manfaat, ianya termasuklah menaikkan keyakinan diri selain secara tidak langsung dapat mempelajari budaya lain.

Terbaru, video yang dimuat naik oleh jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) membuatkan ramai netizen terkedu kerana beliau dilihat boleh berbahasa Mandarin dengan sangat lancar, meskipun video itu memaparkan beliau dan anaknya terkandas di sebuah lapangan terbang di China.

Dalam video itu, difahamkan kapal terbang yang sepatutnya membawa DSV dan anaknya tidak dapat berlepas kerana masalah cuaca dan beliau terkandas di lapangan terbang sebelum beliau membuat keputusan untuk menginap di hotel.

Pun begitu, yang menarik perhatian netizen ialah dalam video sambungan, beliau dilihat bercakap Mandarin dengan pekerja serta pramugari syarikat penerbangan itu.

@datoserividaofficial

Replying to @nuyinnn alhamdulillah dah settle dah boleh naik flight #datosrivida #quputehbarulahputeh

♬ Tristeza – Music For Business & Triste

“Pandainya DSV!”

Kebolehan DSV itu membuatkan ramai netizen lebih terinspirasi dengannya malah ada juga yang memberitahu DSV sebenarnya pernah mengajar di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Ipoh, Perak.

image is not available

DSV juga ada membalas komen salah seorang netizen yang tidak menafikan kenyataan berkenaan pengalamannya yang pernah menjadi seorang guru.

image is not available

Wah, memang hebatlah DSV ni!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article