Heintje guna bahan semulajadi dalam cetakan batik

13 Aug 2026 • 9:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Heintje guna bahan semulajadi dalam cetakan batik

Penggunaan bahan semula jadi seperti daun dan bunga dalam batik cetakan eko menarik minat pereka fesyen berpengalaman ini untuk meneroka teknik tersebut.

Malah, Heintje Nazarudin, 60, sanggup ke Indonesia dan India bagi menimba ilmu daripada penggiat berpengalaman.

Katanya, batik cetakan eko memiliki kelebihan tersendiri kerana setiap corak yang terhasil bergantung kepada bentuk, tekstur dan warna semula jadi tumbuhan digunakan.

Ini sekali gus menjadikan setiap rekaan unik, eksklusif dan mempunyai identiti tersendiri.

Dalam masa sama, teknik itu turut mengangkat nilai kelestarian menerusi penggunaan bahan semula jadi dalam proses penghasilannya.

“Walaupun baru enam bulan meneroka batik cetakan eko, saya melihat banyak ruang untuk teknik ini dikembangkan.

Image from: Heintje guna bahan semulajadi dalam cetakan batik

“Fabrik yang dihasilkan bukan sahaja boleh dijadikan pakaian, malah turut sesuai diaplikasikan pada pelbagai produk seperti beg tangan, kasut dan aksesori lain,” katanya.

Heintje kini giat menghasilkan koleksi dress batik cetakan eko menggunakan lebih 10 jenis daun dan bunga.

Antaranya ialah daun jati, ketapang, bunga raya dan paku-pakis.

Bahkan, warna pada fabrik turut terhasil daripada pigmen semula jadi tumbuhan tersebut, tanpa bergantung kepada pewarna sintetik.

“Koleksi ini turut menampilkan perincian renda dan sulaman bunga 3D bagi menyerlahkan keunikan setiap rekaan.

“Bunga berkenaan diambil daripada motif batik cetakan eko pada dress,” katanya yang turut aktif menghasilkan kostum untuk pelbagai pertandingan ratu cantik antarabangsa.

Festival Eco-Fest

Seiring usaha mengembangkan teknik itu, anak jati Johor ini bakal menganjurkan festival Eco-Fest 2026 di pusat beli-belah Fahrenheit 88 di Bukit Bintang pada 4 hingga 6 September depan.

Image from: Heintje guna bahan semulajadi dalam cetakan batik

Acara dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kelestarian menerusi batik cetakan eko.

Festival itu turut menampilkan persembahan tarian kebudayaan daripada pelbagai etnik termasuk Sabah, Sarawak, Orang Asli, Melayu, Cina serta India dan pertandingan pencarian Dewi Rimba.

“Tiga pereka termasuk saya akan memperagakan koleksi eksklusif dalam pertunjukan fesyen di samping sesi jualan dan pameran oleh 16 vendor.

“Menerusi platform ini, kita bukan sahaja dapat mengetengahkan fesyen lestari Malaysia ke peringkat antarabangsa, bahkan mengangkat warisan, budaya dan seni tempatan,” katanya.

The post Heintje guna bahan semulajadi dalam cetakan batik appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved