Hejira Travel Tampil Mohon Maaf, Janji ‘Refund’ 100 Peratus Kerugian Jemaah Umrah

LocalTravel
16 Jan 2025 • 10:37 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
hejira

Kegembiraan lebih 300 jemaah umrah bertukar kecewa selepas mereka gagal diterbangkan ke Tanah Suci seperti dijanjikan oleh Hejira Travel & Tours Holding Sdn Bhd.

Situasi ini mengecewakan ramai pihak, apatah lagi persiapan untuk menunaikan ibadah telah lama dilakukan.

Tawaran penyelesaian dari Hejira Travel

Susulan kekecohan, Pengarah Urusan Hejira Travel, Mohd Syahril Alias, dalam satu sidang media tampil memohon maaf dan mengakui kesilapan pihak mereka.

Jelasnya, dia tidak bersembunyi tetapi berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik. Jelasnya lagi, dia sudah berusaha sedaya upaya untuk menerbangkan jemaah namun terdapat halangan.

@ellynaedriana

Join live di @Hishamuddin Hashim sekarang!! SEMOGA TERBELA NASIB JEMAAH UMRAH #hejiratravel #scammeralert #scamumrah #umrah2025

♬ suara asli – –

Bagi menyelesaikan isu ini, Mohd Syahril mengumumkan tiga langkah penyelesaian iaitu yang pertama, pemulangan wang penuh kepada jemaah yang terkesan. Penyelesaian kedua, penjadualan semula penerbangan bagi mereka yang masih ingin menunaikan umrah.

Dan yang terakhir, bantuan kewangan RM5,000 untuk kos penginapan sementara jemaah terkandas.

Jelasnya, langkah-langkah ini akan dilaksanakan sebaik sahaja jemaah menandatangani surat aku janji, dengan proses pemulangan wang dijangka selesai dalam tempoh dua hingga tiga minggu.

Penjelasan daripada pengarah syarikat

@ellynaedriana

Replying to @ꕥ PART 4 (tdi kena violation). Dalaman tu maksudnyaa suami isteri la kan? kerana diberitahu bahawa semua approval/booking bukan dibuat oleh STAF tetapi owner sendiri. #hejiratravel #scamumrah #scammeralert #umrah2024

♬ Squid Game (Let’s Play) – Alok

Saya memohon jutaan kemaafan dari hati yang tulus kepada tuan puan. Saya juga berterima kasih kepada mereka yang memilih Hejira Travel. Diharapkan semua jemaah dapat beribadah selepas ini dengan tenang walaupun bukan bersama syarikat kami.

Syarikat juga berjanji akan memperbaiki pengurusan mereka untuk mengelakkan insiden seperti ini berulang pada masa hadapan.

#OhmediaNasihat

Sebagai pengguna, kita perlu lebih berhati-hati dalam memilih agensi umrah. Pastikan syarikat yang dipilih mempunyai rekod yang baik dan perancangan teliti. Apa pun cabaran, kekalkan sabar dan utamakan komunikasi untuk mencapai penyelesaian terbaik.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian | TikTok @ellynaedriana


The post

appeared first on

.