“Nasib Baik Tak Terima…” – Tular Isu Jemaah Ditipu Syarikat Pengendali Umrah, Michael Ang Dedah Pernah Ditawar Pakej VVIP

LocalEntertainment
16 Jan 2025 • 1:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular isu mengenai jemaah terkandas dan gagal diterbangkan ke Makkah kerana didakwa ditipu oleh sebuah syarikat pengendali umrah.

Susulan itu, pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang tampil mendedahkan dia pernah ditawarkan oleh syarikat tersebut untuk mengerjakan umrah secara percuma.

image is not available

Namun dia menolak tawaran tersebut atas faktor hatinya tidak terbuka untuk menerima tawaran itu.

Nasib baik tak ambil tawaran mereka yang nak sponsor saya pakej VVIP pergi umrah. Kalau tak, jenuh saya nak menjawab pasal isu scam ni.

 

Mereka menghubungi saya melalui DM IG atau TikTok nak taja pakej VVIP dan minta saya cuma buat video ketika di sana (Makkah).

Dia turut meluahkan rasa syukur kerana membuat keputusan yang tepat.

Pasal bayaran, mereka nak bagi tunai dan ajak saya berjumpa. Nasib baik saya abaikan mesej mereka dan tak balas. Tak tergerak hati nak terima tawaran mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Perkara ini dikongsikan menerusi satu hantaran di Instagram akaun milik pengarah itu.

image is not available 1 month ago

"Bergaduh Macam Budak-Budak" - Michael Ang Meluat Lihat Pempengaruh Berbalah Di Media Sosial Lepas Bercerai