Helah haiwan bertukar warna demi kelangsungan

8 Sep 2026 • 11:21 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Helah haiwan bertukar warna demi kelangsungan

KEUPAYAAN mengubah warna tubuh bukan sekadar keunikan semula jadi buat haiwan, malah menjadi salah satu kelebihan penting yang boleh menentukan antara hidup dan mati.

Pelbagai spesies berevolusi dengan keupayaan mengubah warna tubuh mengikut keadaan dan menyamar diri mengikut persekitaran termasuk sebilangannya menggunakan rona terang sebagai amaran, menarik pasangan atau menunjukkan dominasi.

Menurut ahli biologi Universiti Cornell, New York, Amerika Syarikat, Russell Ligon, sebahagian haiwan mampu mengubah warna badan dalam tempoh beberapa saat.

“Sebagai contoh, bunglon (sesumpah) boleh membuat perubahan warna dalam masa kurang setengah minit dengan bantuan sel-sel khas dalam kulit mereka.

“Sebahagiannya adalah sel kromatofor dermal yang mengandungi pigmen dan berbentuk seperti kromatofor dermal iaitu pigmen berbentuk seperti asterisk (percikan bintang).

“Pigmen ini berinteraksi dengan sejenis sel lain dipanggil iridofor yang mengandungi kristal pantulan. Perubahan ini boleh dianggap sebagai lebuh raya yang membolehkan pigmen bergerak,” katanya dalam portal National Geographic.

Sesumpah boleh meregangkan iridofor untuk mengubah panjang gelombang cahaya dipantulkan, sekali gus menukar warna kulit.

Cahaya yang dipantulkan bertindak balas secara seiring dengan pigmen dalam kromatofor untuk menghasilkan rona biru, merah dan jingga terang pada kebanyakan sesumpah.

Perubahan warna ini boleh berlaku dalam masa kurang dari setengah minit.

Di bawah kulitnya terdapat sel khas seperti kromatofor yang mengandungi pigmen dan iridofor dengan memiliki hablur pemantul cahaya.

Image from: Helah haiwan bertukar warna demi kelangsungan
Udang Malaya mampu berubah warna mengikut persekitaran rumpai laut.

Perubahan pada struktur sel berkenaan mempengaruhi cahaya yang dipantulkan, kemudian menghasilkan pelbagai warna.

Namun, keupayaan sesumpah menukar warna bukan semata-mata untuk penyamaran kerana juga menjadi medium komunikasi.

Ketika tenang, warnanya lebih malap tetapi apabila berhadapan saingan, rona tubuhnya boleh berubah menjadi lebih terang sebagai isyarat amaran.

Dalam keadaan tertentu, perubahan itu sudah memadai untuk menghalang pertelingkahan daripada berakhir dengan pergaduhan fizikal antara sesama jenis.

Bagi haiwan mendiami kawasan dengan perubahan musim ketara, pertukaran warna bulu menjadi strategi penting untuk mengelak diri daripada dikesan.

Bagi haiwan spesies burung ptarmigan batu atau nama saintifiknya Lagopus muta yang hidup di kawasan sejuk Hemisfera Utara, ia mempunyai bulu coklat ketika musim panas bagi menyamai warna tanah dan tumbuhan.

Apabila musim luruh tiba, bulunya mula bertukar dan menjadi putih sepenuhnya menjelang musim sejuk, sekali gus membolehkan bersembunyi di sebalik hamparan salji.

“Strategi sama turut digunakan oleh carpelai, di mana bulu coklat pada musim panas akan digantikan dengan bulu putih apabila musim sejuk tiba.

“Perubahan itu membantu haiwan berkenaan menyamar ketika memburu atau mengelak pemangsa,” kata Ligon.

Dianggarkan lebih 20 spesies burung dan mamalia di Hemisfera Utara dilaporkan mempunyai keupayaan perubahan warna bermusim. Proses itu dipengaruhi oleh transformasi tempoh siang yang mencetuskan tindak balas hormon dalam tubuh.

Tidak hanya haiwan daratan, malah udang Malaya (udang sesumpah atau Caridina cf. babaulti var. Malaya) juga boleh berubah warna mengikut persekitaran rumpai laut.

Sementara labah-labah ketam emas mampu menyesuaikan warna tubuh ketika berpindah daripada bunga kuning ke bunga putih, walaupun proses itu mengambil masa beberapa hari.

Kesimpulannya, kebolehan bertukar warna mengikut musim atau emosi memperlihatkan betapa uniknya cara hidupan liar menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Di sebalik warna yang memukau, tersimpan fungsi penting untuk haiwan terus hidup sama ada menghilangkan diri daripada pandangan pemangsa, mendekati mangsa tanpa disedari atau menghantar isyarat kepada pasangan dan pesaing.

The post Helah haiwan bertukar warna demi kelangsungan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved