Helang Merah Bernilai RM20,000 Antara Hidupan Liar Dirampas Di Tumpat

LocalEnvironment
29 Jun 2026 • 7:06 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Helang Merah Bernilai RM20,000 Antara Hidupan Liar Dirampas Di Tumpat

KOTA BHARU, (Bernama) — Seekor burung helang merah bernilai RM20,000 antara hidupan liar yang dirampas dalam serbuan dilakukan Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Kampung Bunohan, Tumpat, hari ini.

Komander Briged Tenggara PGA, SAC Ahmad Radzi Hussain berkata dalam serbuan pada 3.15 petang itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 18 tahun serta merampas beberapa hidupan liar dilindungi dan sangkar dengan nilai keseluruhan RM48,500.

Beliau berkata pemeriksaan di rumah berkenaan menemukan seekor burung helang merah, empat burung ruak-ruak, seekor burung hantu carik kafan, dua musang pandan serta lima sangkar.

“Pemeriksaan mendapati suspek gagal mengemukakan sebarang lesen atau permit sah bagi menyimpan hidupan liar dilindungi terbabit sebelum ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, suspek bersama semua rampasan sudah diserahkan kepada Perhilitan Kelantan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 60 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Katanya siasatan awal mendapati suspek mendakwa hidupan liar berkenaan milik bapanya yang kini berada di Gua Musang, manakala dia hanya dipertanggungjawabkan untuk menjaga haiwan terbabit.

— BERNAMA

The post Helang Merah Bernilai RM20,000 Antara Hidupan Liar Dirampas Di Tumpat appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved