Helikopter Jatuh Di Bali Gara-gara Tersangkut Tali Layang-layang

20 Jul 2024 • 11:52 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang dan empat orang penumpang dilaporkan telah jatuh terhempas di Badung, Bali, Indonesia selepas dipercayai tersangkut tali layang-layang petang semalam.

Memetik laporan Detik News, helikopter PK-WSP jenis Bell 505 milik PT Whitesky Aviation sebelum itu baru sahaja empat minit berlepas dari helipad GWK.

Walau bagaimanapun, kesemua penumpang dan juruterbang helikopter itu dilaporkan terselamat namun mengalami kecederaan dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan.

image is not available

Difahamkan, juruterbang dan penumpang-penumpang helikopter itu terdiri daripada 3 orang warga Indonesia dan dua orang warga Australia.

Pihak berkuasa Indonesia mengatakan pihak kementerian berkaitan negara itu akan melaksanakan pemantau tentang layang-layang di sana agar tidak menyebabkan bahaya kepada penerbangan.

Sumber: Detik News

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.