Helikopter polis terbang rendah, pasar hampir musnah

1 Aug 2026 • 7:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Helikopter polis terbang rendah, pasar hampir musnah

JAKARTA – Situasi sebuah pasar raya di Bandung Barat, wilayah Jawa Barat menjadi huru-hara, dengan sejumlah peniaga mengalami kerugian selepas sebuah helikopter milik polis terbang terlalu rendah semasa cuba mendarat, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di Pasar Barukai, baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan tiupan angin kencang daripada kipas helikopter tersebut menyebabkan kepingan zink dan kayu berterbangan di udara. 

Angin kuat turut mencetuskan ‘puting beliung debu’ seperti yang dipaparkan dalam filem Hollywood. 

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan, namun kebanyakan peniaga mengalami kerugian selepas gerai atau kedai mereka rosak. 

Susulan kejadian itu, pihak berkuasa menyatakan baahwa mereka akan bertanggungjawab atas kerosakan yang dialami oleh semua peniaga. – AGENSI

 

The post Helikopter polis terbang rendah, pasar hampir musnah appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved