Tiga beranak dipercayai maut akibat gas karbon monoksida

LocalHealth & Fitness
31 Jul 2026 • 8:23 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tiga beranak dipercayai maut akibat gas karbon monoksida

IPOH – Punca kematian tiga beranak yang ditemui di sebuah rumah di Bandar Baru Tambun di sini semalam dipercayai berpunca akibat keracunan gas karbon monoksida.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, bedah siasat ke atas ketiga-tiga mangsa telah dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

“Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian bagi ketiga-tiga mangsa adalah ‘probable carbon monoxide toxicity’ iaitu kemungkinan keracunan gas karbon monoksida.

“Siasatan polis setakat ini masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan melengkapkan siasatan dari semua aspek,” katanya di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, kes masih diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan analisis saintifik dan laporan-laporan berkaitan bagi melengkapkan siasatan.

“Polis Daerah Ipoh menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kejadian ini di samping menghormati privasi dan menjaga sensitiviti ahli keluarga mangsa,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita dan dua anak perempuannya maut selepas ditemukan tidak sedarkan diri di sebuah rumah di Bandar Baru Tambun di sini semalam.

Pihak polis yang tiba di kediaman mangsa malam semalam mendapati mangsa berusia 46 tahun dan dua anak masing-masing berusia 11 dan 12 tahun telah meninggal dunia di dalam bilik di rumah berkenaan.

Pemeriksaan polis di bilik berkenaan menemui satu bekas dipercayai mengandungi sisa arang yang telah dibakar serta tiada sebarang kecederaan mahupun unsur jenayah pada tubuh kesemua mangsa berkenaan. – KOSMO! ONLINE

The post Tiga beranak dipercayai maut akibat gas karbon monoksida appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved