Helikopter terhempas di Yeongwol, dua terbunuh

15 Mar 2023 • 4:53 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SEOUL: Sebuah helikopter awam terhempas di bandar kecil timur Yeongwol Korea Selatan, pada Rabu, mengorbankan kedua-dua penumpang, menurut pihak berkuasa bomba dan polis tempatan.

Pesawat yang membawa dua penumpang itu terhempas di bandar yang terletak 138 kilometer ke timur Seoul, pada kira-kira pukul 7.46 pagi, menurut Ibu Pejabat Bomba Gangwon.

Kedua-dua mangsa, seorang juruterbang berusia 65 tahun dan seorang pegawai syarikat kargo berusia 51 tahun, disahkan meninggal dunia di hospital berdekatan.

Polis mengesyaki pesawat itu yang mengangkut wayar elektrik untuk pembinaan menara transmisi, berkemungkin bersentuhan talian transmisi, menyebabkan nahas itu.

Tiada kerosakan sekunder dilaporkan.

Kejadian itu sedang disiasat. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved