
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Umum mengetahui pada minggu lalu, seluruh dunia termasuk Malaysia dikejutkan dengan berita Kapal Global Sumud Flotilla (GSF) yang dipintas oleh tentera Israel di perairan antarabangsa ketika dalam misi kemanusiaan menuju ke Gaza.
Anak kapal yang berasal daripada pelbagai negara termasuk 23 rakyat Malaysia yang terlibat turut ditahan oleh rejim zionis itu.
Berita tersebut nyata mendatangkan kebimbangan apatah lagi tentera Israel terkenal dengan kekejaman dan sifat tidak berperikemanusiaan mereka.
Namun pada 4 Oktober lalu, seramai 137 aktivis termasuklah termasuk 36 warga Turkiye dan 23 rakyat Malaysia itu telah dibebaskan daripada tahanan tentera Israel dan selamat tiba di Istanbul selepas ditahan pada 2 Oktober.
Sejak dari itu, satu persatu aktivis tampil berkongsi pengalaman mereka apabila ditahan dipenjara oleh rejim zionis itu.
Baca Artikel Berkaitan: Sumud Flotilla: 12 Peserta Malaysia Termasuk Zizi Kirana & Heliza Helmi Ditahan Tentera Israel [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Israel Mula Perbicaraan Usir Peserta Sumud Flotilla Tanpa Notis Awal – Adalah
Baca Artikel Berkaitan: Global Sumud Flotilla: Masjid Serta Surau Bawah JAKIM & JAWI Diarah Buat Solat Hajat, Qunut Nazilah
Heliza Helmi Dakwa Tentera Wanita Lebih Kejam & Tidak Berperikemanusiaan
Selain kisah Ardell Aryana yang mengalami kecederaan pada bahu, Zizi Kirana yang direntap tudungnya dan PU Rahmat yang dibogelkan, aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi turut tidak ketinggalan berkongsi pengalaman pahitnya ketika menjadi tahanan tentera Israel.
Memetik Harian Metro, Heliza menyifatkan tentera wanita lebih kejam dan tidak berperikemanusiaan berbanding tentera lelaki.
Ini kerana jelasnya, dia dihalang untuk menunaikan solat dalam penjara oleh tentera wanita namun dibenarkan oleh tentera lelaki selepas anggota berkenaan bertanya kepadanya.
“Sebenarnya tentera perempuan ini lagi dahsyat, lagi kejam. Tapi nasib baik ada tentera lelaki dan dia tanya saya apa yang berlaku.
“Saya cakap pada dia (tentera lelaki) yang saya seorang Muslim dan saya perlu solat. Dia nampaknya faham,” katanya.
Bersyukur Aurat Terpelihara Sepanjang Jadi Tahanan, Turut Dibiarkan Kelaparan
Jelas Heliza, dia serta adiknya, Hazwani yang turut terlibat dalam misi kemanusiaan itu bersyukur kerana Allah melindungi aurat mereka dan dapat memakai tudung sewaktu ditahan dalam penjara.
Malah, dia menyifatkan pengalaman sebagai tahanan di penjara juga disifatkan sangat kejam apabila dia dibiarkan kelaparan dan hanya diberi makan pada 2 Oktober lalu.
“Saya juga tidak diberikan minuman selama dua hari dan apabila diminta kepada tentera Israel langsung tidak dilayan sehingga terpaksa minum air dari tandas,” jelasnya.
Memetik Kosmo, dia terdetik bakal menemui ajal akibat dehidrasi ketika dalam Penjara Ktzi’ot kerana hidup tanpa sumber air.
“Keadaan di laut dan darat sangat berbeza. Tentera mereka memang sangat jahat. Kami diikat tangan bukan di depan, tapi di belakang entah berapa jam,” jelasnya.
Ada Tentera Israel Yang Perlekeh Misi Kemanusiaan
Bukan itu sahaja, Heliza mendedahkan ada tentera zionis yang mengawal GSF memperlekeh misi kemanusiaan mereka yang menghantar bekalan makanan dan perubatan kepada rakyat Palestin.
“Sebelum dimasukkan ke penjara ada beberapa fasa, ada satu ketika dia (tentera) tanya saya, ‘Kenapa kamu nak pergi Gaza?’
“Saya jawab sebab nak beri bantuan makanan dan membuka mata dunia. Bila dengar perkataan itu dia pandang saya dengan sinis dan cakap ‘selamat datang ke penjara’
“Waktu itu saya sedar, hanya kerana kami mahu membantu orang yang lapar dan tidak berdosa, kami diperlakukan sebegini. Dunia perlu tahu hakikat ini,” kongsinya lagi.
Sebelum ini, Zizi Kirana turut mendedahkan dipaksa membuka tudung dan stokin sehingga menampakkan auratnya.
Tindakannya berbuat demikian menyebabkan hijabnya direntap di hadapan tahanan-tahanan lain.
Bukan itu sahaja, dia tidak dibenarkan berhijab sepanjang dalam penjara selain baju bahagian dalamnya turut digunting.
Baca Artikel Berkaitan: PU Rahmat Dedah Dibogelkan 3 Kali, Percaya Tentera Israel Penakut [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Ardell Aryana Dirawat Di Hospital, Nadzmi Dedah Alami Bahu Koyak
Baca Artikel Berkaitan: Hijab Direntap & Baju Digunting, Zizi Kirana Kongsi Terima Layanan Buruk Ketika Ditahan Tentera Israel [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Aktivis GSF Warga Itali Peluk Islam Selepas Bantu Halang Polis Israel Kacau Tahanan Muslim Solat
Source:

