Heliza Helmi tak setuju gesaan peminat siar semula AF -“Janganlah, ramai dah berhijrah”

LocalEntertainment
13 Nov 2025 • 5:05 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi dan juga aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi tak setuju gesaan peminat yang meminta supaya program hiburan Akademi Fantasia (AF) diulang siar semula.

Heliza Helmi tak setuju program AF disiar ulang semula

Menerusi perkongsian di Thread, Heliza menyatakan sudah ramai pesertanya yang sudah berhijrah dan berharap ia tidak ditayangkan lagi.

“Janganlah. Ramai dah berhijrah. Jangan ditayang lagi na,” tulisnya ringkas.

image is not available

Heliza Helmi nyatakan ramai sudah berhijrah

Ciapan tersebut dibuat susulan terdapat permintaan daripada peminat yang mahu pihak Astro supaya menyiarkan semula program AF dari musim pertama sehingga 10 kerana merindukan momen menonton diari AF serta konsert mingguan.

image is not available

Biar aib mereka tersimpan

Walau bagaimanapun, ramai yang bersetuju dengan Heliza apabila merasakan tidak perlu lagi menayangkan aib mereka sewaktu masih di dalam program tersebut kerana ada diantaranya sudah mengenakan hijab.

Mereka juga enggan kisah silap terus dikenang dan berharap agar kita sama-sama menghormati para selebriti yang sudah pun berhijrah.

image is not available

 

Setuju dengan Kakja

image is not available

Ramai yang dah menutup aurat

image is not available

 

Artikel lain: Heliza Helmi tak ambil hati digelar ‘kacip’, pikat generasi muda sebar isu kemanusiaan

Terdahulu, pengacara program tersebut, Datuk Aznil Haji Nawawi telah berjaya mengumpulkan sebahagian besar para peserta AF dari musim pertama hingga terakhir di sambutan hari ulang tahunnya.

Pertemuan mereka tular dan pastinya mengimbau kembali program hiburan yang cukup digemari rakyat Malaysia dari tahun 2003 sehingga tahun 2017.

Sumber: Thread chamiebasir